Khamis, 15 September 2016

MAJLIS DUA DALAM SATU ANJURAN 3 JKDB AKAN DIRASMIKAN RADIN

Oleh: Mail Mathew 
 
TIGA ZON JKDB SERAH JEMPUTAN KEPADA RADIN

TENOM: Tiga zon Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) iaitu zon Pekan Tenom, zon Tenom Lama dan zon Tenom Barat bergabung tenaga mengadakan majlis malam Sambutan Perayaan kuih bulan tahun 2016. 

 Majlis sambutan tersebut dijangka akan dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Adun Melalap Datuk Radin Malleh bertempat di Dewan Chung Hwa dekat sini pada 19 September 2016 jam 6:30 petang, kata Pengerusi Penganjurnya Chong Neng Choon ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

 Selain itu, beberapa orang kenamaan turut dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut antaranya, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, MP Tenom Datuk Raime Unggi, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, DO Tenom Madiyem Layappan, OCPD Tenom DSP Firdaus Francis, Pengerusi Tenom Chinese Chamber Ng Giok Siong dan para Kapitan Cina.

Menurut Chong, majlis tersebut juga sebagai meraihkan perlantikkan tiga JKDB baharu antaranya Steven Chung (Pekan Tenom), Chong Neng Choon (Tenom Lama) dan Voo Lee Leong (Tenom Barat), yang mengambil alih tampuk kepimpinan lama yang telah tamat tempoh masing masing.

Seorang daripada JKDB yang baharu dilantik bagi zon pekan yang juga merupakan Ketua Pemuda LDP Melalap Steven Chung berkata, beliau sudah merangka beberapa perancangan untuk melakukan penambahbaikan dikawasan pekan terutamanya dari segi kebersihan keseluruhannya, katanya.

Selain itu, berbagai acara menarik dijangka akan mewarnai majlis itu seperti cabutan tikit bertuah, pertandingan tanglung (lantern), dan nyanyian serta tarian kebudayaan masyarakat Cina. Orang ramai adalah dijemput hadir dimana kehadiran adalah percuma. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.MOON CAKE 1- Banner jemputan majlis Kuih Bulan dan meraihkan perlantikkan JKDB. 2.MOON CAKE 2- Steven Chung menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Datuk Radin.

Jumaat, 9 September 2016

MPOB SEDIA BANTU USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA, KATA DATUK YAP

Oleh: Mail Mathew 
 
BARISAN AJK PPKT

TENOM: Penasihat Kehormat Persatuan Pekebun Kecil Tenom (PPKT) Datuk Yap Yun Fook berkata, kini peluang setiap usahawan untuk melangkah maju kehadapan dalam bidang penanaman kelapa sawit kerana Malaysian Pump Oil Berhad (MPOB) akan memberi subsidi sebanyak RM9,000 untuk satu hektar. 

 Selain itu, pihak MPOB akan membantu para usahawan untuk menerokai ladang dan sehinggalah kepada proses penanaman seterusnya melakukan penjagaan dan rawatan kepada tanaman sawit sebelum diserahkan kepada pemiliknya, katanya.

 Beliau menambah, peluang seumpama itu tidak harus dipersia siakan atau berfikiran negatif apabila mendengar maklumat yang tidak sahih mendakwa kononnya industri sawit juga menghadapi pasaran harga yang tidak stabil iaitu bakal senasib dengan pasaran getah.

“ Kenapa mesti bimbang dengan harga pasaran yang berlaku turun dan naik...sedangkan kita belum cukup berusaha menambah keluasan ladang tanaman yang bukan sahaja kepada kelapa sawit atau getah tetapi juga ia harus dipelbagaikan kepada tanaman lain seperti halia, kopi dan sebagainya.

 “ Selain fokus kepada tanaman pertanian, tetapi kenapa kita tidak pelbagaikan kepada ternakan khususnya lembu tenusu dimana hasil tenusu boleh dipasarkan dengan harga yang stabil,” katanya ketika merasmikan majlis makan malam dan sambutan ulang tahun ke-15 PPKT diDewan Chung Hwa dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan, Pegawai Pertanian Osman Marzuki, Pengerusi PPKT Kapitan Alfred Tai Nyuk Wei, Pengerusi Penganjur James Pao, Pegawai MPOB Keningau, para AJK PPKT dan para pemimpin masyarakat tempatan.

Yap yang merupakan seorang usahawan yang berjaya berkata, meskipun harga pasaran komoditi menjadi kekangan kepada setiap usahawan namun ianya bukanlah merupakan persoalan pokok yang menjadi alasan untuk menutup kerjayanya, sebaliknya masih ada ruang seluas luasnya untuk terus maju dalam bidang tersebut.

 “ Seseorang usahawan pertanian harus bersabar dan tabah dalam usahanya....(sebaliknya) jangan takut dan bimbang kepada kegagalan tetapi cekal dan berusaha gigih untuk meneruskan kerjayanya sebagai usahawan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.PPKT 1- Datuk Yap (4th kanan) menerima momento daripada Alfred Tai. 2.PPKT 2- Datuk Yap menyampaikan amanatnya. 3.PPKT 3- Datuk Yap bersama kenamaan lain menikmati hidangan.

Khamis, 8 September 2016

PENDUDUK TAMAN MAWAR FASA 5B MINTA MPS BANGKIT DARI TIDOR

Oleh: Inuwandy 
 
TAMAN PERMAINAN SEMAK SAMUN...LAYAKKAH DIJADIKAN TEMPAT BERIADAH?

PENDUDUK Taman Mawar Fasa 5B ada sebab untuk mendesak pihak berwajib khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) apabila suasana persekitaran mereka terus berkeadaan semak samun malah tidak memberi keselesaan kepada mereka untuk menghirup udara yang nyaman. 

Mungkin ada diantara kakitangan MPS dan lain lain agensi merasakan tindakan penghuni Taman Perumahan ini agak keterlaluan, namun bayangkanlah jika anda juga berkeadaan sebegini rupa? Apakah perasaan anda sedangkan para penghuni adalah pembayar cukai pintu.

 Wajarkah atau layahkah mereka diberi layanan sebegini rupa...fikir fikirkanlah wahai MPS dan unit unit lain yang sewaktu dengannya.

Walhal beberapa aduan telah pun dihantar meminta pihak terbabit agar menyelesaikan beberapa masalah yang terletak diatas tanggung jawab MPS, seperti pemotongan rumput diTaman permainan (Children play ground), sistem perparitan yang kotor tersumbat dan berbauh busuk serta lampu jalan (street light) tidak menyala/tidak berfungsi.

 Malahan ianya dikhuatiri akan menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes atau Zika jika keadaannya berterusan dibiarkan sedemikian rupa....bayangkanlah betapa seksanya penduduk Taman Mawar Fasa 5B.

Selain itu, begitulah juga dengan kegiatan jenayah dikawasan itu terus berleluasa seperti kegiatan pecah rumah, mencuri kerita dll semakin menjadi jadi kerana lawatan/rondaan pihak keselamatan khususnya Polis terlalu rendah/jarang jadual rondaan menyebabkan para penjenayah (bad head) tidak gusar dengan tahap pengawasan polis disitu.

Oleh itu, penduduk ditaman itu berhasrat penuh untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada Datuk Pesuruhjaya Polis Sabah supaya tindakan melindungi keselamatan dan harta benda awam harus dipertingkatkan.

Selasa, 6 September 2016

PERTUKARAN SETEMPAT: JARRAW KE KETENTERAMAN AWAM, ZARUL KE TRAFIK

Oleh: Mail Mathew 
 
SERAH DAN TERIMA TUGAS (JARRAW KIRI)

TENOM: Ketua Polis Daerah disini Deputi Suprintendan Polis (DSP) Firdaus Francis berkata, pemisahan dua unit iaitu Bahagian Ketenteraman Awam dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dilakukan semata mata untuk melicinkan tugas dan tanggung jawab masing masing yang semakin mencabar. 

Pelaksanaan pemisahan itu masing masing mempunyai tanggung jawab baharu dimana Bahagian Ketenteraman Awam lebih tertumpu kepada tugas mengawal hal ehwal keselamatan Awam yang diketuai seorang Pegawai berpengalaman Inspektor Jarraw a/k Madong, katanya.

 Manakala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik diketuai seorang Pegawai Inspektor Zarul Fikrie bin Hamzah. Walau bagaimana pun, penempatan kedua dua pegawai terbabit tidak melibatkan kenaikan pangkat, jelas DSP Firdaus.

Menurut DSP Firdaus, arahan pemisahan kedua dua bahagian (entity) telah pun mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah diumumkan Ketua Polis Negara sempena Hari Polis
ke-209 pada tahun 2016.

 Firdaus berkata demikian semasa majlis serah dan terima tugas Ketua Bahagian masing masing diantara Inspektor Jarraw a/k Madong yang berpindah ke Bahagian Ketenteraman Awam manakala Inspektor Zarul mengambil alih tugas Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik diBilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini pada Selasa.

 Selain itu, DSP Firdaus yakin dan percaya diatas pengalaman yang diperolehi Jarraw dan Zarul mampu menangani tanggung jawab yang disandarkan kepada mereka kerana kedua duanya berdedikasi, berdisiplin dan komited kepada arahan Pasukan khususnya PDRM.

 “ Terima kasih diucapkan kepada pihak media kerana dapat meluangkan masa untuk merakamkan laporan ini ke akhbar akhbar supaya masyarakat diluar sana mendapat maklumat perkembangan ini,” katanya.

Terdahulu, Inspektor Jarraw merakamkan terima kasih kepada para kakitangannya diBahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang dipimpinnya selama lebih tujuh tahun dimana atas kerjasama mereka segala tugas dan tanggung jawab yang rumit dapat diringankan.

 “ Teruskanlah budaya kerja itu dengan mengamalkan sifat sifat yang murni dalam menghadapi pelbagai dugaan...kerana kerjasama dalam satu pasukan amat penting untuk mencapai kejayaan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.JARRAW 1- Kelihatan Jarraw (kiri) menyerahkan dokumen penyerahan kepada Zarul (Kanan). Manakala OCPD Tenom (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen. 2.JARRAW 2- Proses menanda tangani berlangsung disaksikan OCPD (tengah).

PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DEKAT AIRPORT KENINGAU???

Oleh: Mail Mathew
KENINGAU: Beberapa penduduk Kg Tuarid Liawan kesal dan mempertikaikan
tindakan Ketua Kampong dikawasan tersebut KK Arkam Tingguan kerana
mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung tanah kerajaan
berhampiran dengan kawasan Airport Keningau.

Malahan notis terpampang dikawasan tersebut yang tertera dengan nama KK Arkam Tingguan yang mendakwa kononnya tanah tersebut sudah dipohon
untuk perkampongan Kg Tuarid Liawan, namun selepas pemeriksaan dibuat
di Pejabat Tanah mendapati PT 20-15130181 seluas 50 ekar yang
dinyatakannya tidak wujud, kata Jurucakap kumpulan itu Paul Kadau.

Paul yang juga merupakan Naib Presiden APS dan Pengerusi APS Keningau
berkata, penduduk disitu melahirkan rasa kesal, dimana sepatutnya
beliau (KK Arkam) mengajak penduduk kampong bermesyuarat sebelum
sesuatu tindakan dilakukan demi kebaikkan semua penduduk disitu,
katanya.

“ KK Arkam perlu memberi penjelasan sewajarnya status tanah ini sama
ada ia benar benar telah dimajukan permohanan tanah secara rasmi
kepada Pejabat Tanah...atau sebaliknya.

“ Jikalau tidak, kerajaan boleh menuduh bahawa ada pihak telah
melakukan pencerobohan keatas tanah kerajaan...dimana buktinya jelas
kelihatan dua buah pondok telah dibina serta memagar kawasan tanah
yang luas dengan mengguna chain link (permanent structure).

“ Perkara ini, individu yang bertanggung jawab adalah dianggap telah
melakukan pelanggaran Akta Tanah seksyen 8 Bab 68, iaitu penduduk
haram atau pencerobohan keatas tanah kerajaan tidak boleh dianggap
sebagai wujudnya hak asasi,” katanya ketika memberitahu pemberita pada
Jumaat.

Paul berkata, dalam isu tersebut, majoriti penduduk kampong
berpendapat bahawa pencerobohan telah pun berlaku dan meminta ketua
kampong terbabit perlu membuat laporan polis atau menasihati pemilik
pondok dan pagar tersebut supaya merobohkan kedua dua struktur binaan
itu dengan serta merta.

Sehubungan itu, penduduk kampong turut meminta penjelasan berhubung
dengan rujukan permohonan tanah (PT) yg dinyatakan dalam surat notis
perhatian ditanda tangani KK Arkam iaitu PT No. 20-15130181 sedangkan
dalam rekod pendaftaran permohonan tanah bagi Kg Tuarid Liawan yang
diperolehi daripada Jabatan Tanah dan Ukur  (JTU) Keningau adalah di
PT No. 20-15130182 bertarikh  3 Mac 2015. ends///...(Mail Mathew)

Caption:-

1. CEROBOH TANAH – Tanah kerajaan diceroboh dan dibina dua pondok dan
pemagaran (Chain link).