Sabtu, 13 Januari 2018

RUBIN GESA RAKYAT KEMABONG TERUSKAN SOKONGAN KEPADA BN

Oleh: Mail Mathew 
 
PENYERAHAN ZINK KEPADA PARA MANGSA ANGIN RIBUT

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang mengajak rakyat dikawasan itu agar memberikan sokongan yang tidak berbalah bahagi kepada Parti Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir negeri ini selepas pilihanraya umum ke-14 (PRU14). 

Ini kerana rakyat masih memerlukan kesinambungan berbagai pembangunan terutamanya dari segi pembangunan infrastrukur, ekonomi, pendidikan dan kesihatan, meskipun pada realitinya sudah dilaksanakan namun kita harus menambah nilai pencapaiannya, katanya.

Rubin yang juga merupakan Ketua Umno Tenom dan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengakui bahawa perubahan daerah Kemabong sehinggalah diiktiraf sebagai “Daerah Kecil Kemabong” adalah kerana berkat kepercayaan rakyat memberi sokongan kuat kepada BN melalui
RUBIN
beberapa PRU yang lepas.

Oleh itu, kita ada sebab untuk mengekalkan kerajaan BN untuk terus berkuasa dengan mandat rakyat, adalah kerana dalam kerajaan BN kita ada pemimpin yang berwibawa dan prihatin kepada masalah rakyat seperti Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman.

Tambahnya lagi, setiap kali kita bermasalah dari segi pembangunan, apabila kita ajukan kepada mereka masalah kita, mereka terus bantu dan begitu juga ketika merayakan perayaan mengikut adat kepercayaan masing masing tanpa mengira keturunan seperti Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran, Hari Raya Aidil Fitri, Krismas dan Tahun Baharu Cina, mereka bantu tanpa persoalan banyak.

“ Inilah jenis dan sifat pemimpin yang kita mahu malah kita harus pertahankan mereka untuk terus memimpin kita,” katanya ketika berucap semasa perjumpaan dengan masyarakat pelbagai kaum diMarkas Pilihanraya BN dekat Bamban pada baru baru ini.

Dalam majlis tersebut, pengagihan peralatan rumah kepada beberapa individu terutamanya mangsa mangsa angin ribut pada baru baru ini turut dijalankan penyerahannya. Majlis itu turut dihadiri PPM Kemabong Matussin Balang, CDO Kemabong Sambilir, AJK Bahagian Umno Tenom dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan.

Selain itu, Rubin turut mengingatkan rakyat dikawasan itu agar tidak terpengaruh mahupun terperangkap dengan dakyah dakyah pembangkang yang suka menabur janji janji manis yang tidak realistik dengan tujuan untuk meraih sokongan ketika PRU14 menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Ends///...(Mail Mathew)..