HOSPITAL TENOM |
Selain itu, penerapan budaya korporat, program itu merupakan antara inisiatif berterusan dalam usaha membudayakan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutamanya para pelanggan yang memerlukannya, katanya.
Christina menegaskan bahawa, kemajuan teknologi telah membuka pintu gerbang maklumat untuk sesiapa sahaja yang inginkannya. Akibat itu, pesakit kini merupakan orang orang berpengetahuan dan mampu mempersoalkan jenis rawatan dan layanan yang diterima, katanya.
Beliau menambah, memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) begitu pasti kesetiaan mereka melaksanakan tanggung jawab masing masing berkhidmat kepada masyarakat dalam masa 365 hari setahun.
Tidak dapat dinafikan bahawa, ketika musim perayaan dimana kebanyakkan masyarakat pelbagai keturunan bersama keluarga masing masing, namun kakitangan KKM pula menjalankan tugas merawat para pesakit, jelasnya.
Walaupun berdepan dengan kekangan dari segi bilangan kakitangan yang bertugas, kelengkapan dan suasana kerja yang kondusif, namun ianya bukanlah penghalang bagi kakitangan hospital disini untuk terus menyampaikan perkhidmatan pengurusan pesakit yang berkualiti dan membanggakan, tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis sambutan ulangtahun ke-57 Hospital Tenom diruang tamu bangunan baharu hospital dekat sini pada Sabtu. Hadir sama dimajlis itu, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Pengarah Hospital Tenom Dr Loly Mealonny Geoffrey, PPM Simon Mamat (Wakil Datuk Radin), ADO Kassim Yunus (Wakil DO Tenom) dan para pemimpin masyarakat tempatan.
Selain itu, Rundi turut menjelaskan objektif majlis seumpama itu antaranya, adalah untuk memberi ruang kepada para pelanggan khususnya penduduk disini untuk mengenali lebih dekat dengan sistem pengurusan para pesakit yang bersifat terbuka selain kebanyakkannya kakitangan sendiri.
Terdahulu, Pengarah Hospital Tenom Dr Loly menegaskan bahawa, beliau yakin dengan kerjasama yang berterusan hospital disini, ianya mampu memberikan perkhidmatan rawatan pesakit yang efisien dalam tempoh lima tahun akan datang.
Loly menambah, untuk merealisasikan visi tersebut, pihaknya sudah bersedia melakukan pelbagai perubahan selain penambahbaikan kepada yang sedia ada, dimana impaknya akan dinikmati oleh para pelanggan itu sendiri, katanya. Ends///...(Mail Mathew)