Jumaat, 3 Jun 2011
KEAHLIAN UMNO TENOM OVERLAPING?
Oleh: AMBROSE MAIL MATTHEW
ANDA pasti terkejut dan seterusnya tertanya tanya mana satu yang betul. Adalah kerana beberapa hari yang lalu PKR Cabang Tenom yang dipimpin Haji Halik Zaman mendakwa seramai 103 orang ahli Umno diTenom telah menyertai PKR, macam mana pun hari ini (Jumaat) Umno Tenom pula menerima keahlian daripada PKR seramai 250 orang yang diketuai mantan Timbalan Ketua Cabang PKR Lampag Kurias.
Bagaimana pun borang borang keahlian menyertai Umno diserahkan Lampag kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman ketika perasmian mesyuarat tahunan Umno Tenom kali ke-17 yang dihadiri kira kira 2,000 orang diDewan Seri Antanom pada Jumaat.
Lampag Kurias ketika ditemui sejurus selepas beliau selesai menyerahkan borang tersebut kepada Datuk Seri Musa Haji Aman seterusnya berkata,
“ Saya mengambil keputusan ini kerana merasakan kami tidak yakin lagi dengan kepimpinan PKR sama ada diperingkat pusat mahu pun diperingkat kawasan khususnya diTenom. Siapa yakin dengan kepimpinan Halik Zaman yang tiada masa depannya,” tegas Lampag.
Lampag juga mendakwa bahawa beliau sememangnya sudah lama mempunyai keahlian dalam Umno iaitu ketika mula mula Umno dikembangkan sayapnya ke Sabah kira kira 17 tahun lalu namun diatas ketidak yakinan beliau terhadap perjuangan Umno diTenom pada ketika itu menyebabkan beliau bertindak menjauhkan diri dan bukan keluar dari Umno.
Ketika ditanya lanjut mengapa jumlah yang mengiringi penyerahan borang borang itu kepada Datuk Musa kelihatan jumlahnya sedikit iaitu kira kira 50 orang sahaja sedangkan beliau menyatakan jumlahnya 250 orang beliau menjelaskan,
“ Sebenarnya yang dapat datang adalah sebahagiannya sahaja kerana mereka yang lain komited dengan kerja kerja mereka dikampung,” jelas Lampag.
Sementara itu, Setiausaha Cabang PKR Tenom Misery Raisimin ketika dihubungi untuk mendapatkan ulasannya, beliau menjelaskan bahawa jumlah ahli PKR seramai 250 orang seperti yang didakwa Lampag Kurias adalah tidak benar dan mengelirukan.
Adalah kerana tambah Misery, setakat ini tidak ada dalam rekod menunjukkan ada ahli PKR disetiap ranting menyatakan hasrat mereka keluar daripada PKR dan menyertai Umno seperti yang didakwa Lampag.
“ Lampag tidak boleh sembarangan menuduh kelemahan pucuk pimpinan PKR dan Datuk Halik tetapi sebaliknya Lampaglah yang tidak ada pendirian dalam perjuangannya. Kemenangan lampag dalam jawatan Timbalan Ketua Cabang pada pemilihan lalu bukan atas kapasiti popularitinya sebaliknya atas pertolongan Datuk Halik mengangkatnya ke jawatan itu,” tegas Misery.
“ Lampag boleh bercakap apa sahaja tentang dirinya dan mencemuh PKR namun kami dalam PKR tidak mahu mengulasnya…tetapi lambat launnya pemimpin Umno juga akan tahu dan faham sendiri akhirnya,” tambah beliau lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)