Isnin, 26 Mac 2012

HENTIKAN PENDAFTARAN 40 RIBU SIJIL BERANAK DISEMPORNA, SAPP

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menggesa kerajaan agar segera melaksanakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) sepertimana yang disuarakan rakyat sebelum ini menerusi badan NGO dan pelbagai parti termasuk Umno dimana kerajaan pada dasarnya telah pun mempersetujuinya.


Beliau berkata, difahamkan penubuhan RCI telah pun diluluskan Kabinet Persekutuan tetapi belum diumumkan kerajaan dimana rakyat diSabah mahukan ianya dilaksanakan sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) akan datang ini.

Tegasnya, beliau bimbang sekiranya RCI belum dimulakan lagi tetapi kegiatan operasi pendaftaran bergerak yang kini sedang berjalan dikawasan Semporna akan menyulitkan lagi pelaksanaan RCI.

“ Memanglah kita setuju modus operandi Jabatan Pendaftaran itu tetapi rakyat terlalu bimbang dengan keadaan itu kerana banyak perkara boleh berlaku seperti dimasa masa lepas (dan) adalah lebih baik ianya dihentikan sahaja sebelum RCI bermula,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Ahad.

“ Sepertimana kebimbangan Menteri Luar Datuk Seri Anifah dan begitu jugalah kebimbangan yang diperjuangkan SAPP selama ini berhubung gerakan pemberian sijil kelahiran kepada kira kira 40 ribu kanak kanak di Senalang dimana jumlahnya bukan sedikit dan kerana itu dia (Anifah) khuatir suatu masa rakyat Sabah menjadi pelarian dinegeri sendiri,” tegas Roger.

“ Kita bersyukur kerana lambat laun pemimpin Sabah daripada Umno sedar akan kebimbangan rakyat Sabah sebelum ini yang bukan sekadar mainan politik tetapi ia merupakan perkara benar sepertimana yang diakui sendiri oleh Datuk Seri Anifah dalam kenyataannya pada Isnin,” tambah Roger.

Roger yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda SAPP CLC Melalap seterusnya berkata, beliau tidak berniat menuduh operasi JPN sebagai tidak berlaku adil dalam tugasan mereka namun pengalaman lalu sepertimana terhurai dalam catatan didalam buku Mutalib M.D banyak memberi peringatan yang menakutkan kepada rakyat Sabah.

“ Sebaik baiknya operasi itu harus dihentikan sebelum RCI dilaksanakan terlebih dahulu kerana kita mahu pastikan kesahihan dokumen kerakyatan dan juga pewujudan Kad Pengenalan palsu diSabah yang menjadi isu pokok sekarang ini disiasat dengan sewajarnya,” tegas Roger.

Dalam pada itu, Roger menyokong kenyataan Presiden Persatuan Bumiputera Bajau Semporna (Perbubas) Mansor Saniti pada Rabu yang menggesa JPN menghentikan program pendaftaran bergeraknya kerana khuatir pendatang asing tanpa izin mungkin cuba mendapatkan dokumen Malaysia dalam program itu.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar ROGER ZIARAH WARGAEMAS – Kelihatan Roger ketiga dari kanan ketika menziarahi wargaemas yang uzur di Kg Mantailang.