Ahad, 15 April 2012

PESTA KALIMARAN MARTABATKAN ADAT DAN SENIBUDAYA MURUT

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan bahawa penganjuran Pesta Kalimaran yang diadakan setiap tahun mempunyai signifikannya dalam memartabatkan adat dan senibudaya suku kaum Murut daripada pupus ditelan zaman untuk diwarisi generasi baru selain menjadi ikon pelancongan dipersada antarabangsa.


Beliau berkata, kerajaan senantiasa memberi komitmen malah menghargai usaha sesuatu komuniti itu untuk mendekatkan kaumnya menerusi pesta seumpama ini sebagai memelihara warisan senibudaya mereka agar terus terpelihara.

” Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik, prihatin dengan masalah rakyat, kebudayaan dan adat senibudaya...(sekarang) kita lihat suasana penghidupan rakyat berada dalam situasi aman dan harmoni,” kata beliau ketika merasmikan Pesta Kalimaran kali ke-10 diPusat Kebudayaan Murut dekat sini pada Sabtu.

Turut bersama hadirin kira kira 10,000 orang yang menyaksikan pesta tersebut ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, Timbalan Menteri Persekutuan Tan Sri Joseph Kurup, Pembantu Menteri Ellron Alfred Angin, Adun Kemabong yang juga Presiden PMS Datuk Rubin Balang, Adun Melalap Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri Bobbey Suan, Timbalan Speaker Dun Sabah Datuk Frankie Chong dan MP Tenom Datuk Raime Unggi.

Datuk Musa berkata, perayaan Pesta Kalimaran seperti juga lain lain etnik dan kesukuan mempunyai matlamatnya tersendiri dimana selain untuk tontonan generasi baru bagi kesukuannya malah ianya juga ingin memperkembangkan senibudaya mereka kepada kesukuan lain yang berada dipelusuk daerah selain kepada para pelancong asing.

“ Saya akui bahawa Pesta Kalimaran ketika mula mula dirasmikan disini...saya luluskan peruntukkan untuk menjana pesta ini semata mata untuk melihat khazanah senibudaya masyarakat Murut terus subur bakal diwarisi generasi muda.

“ Kita juga tidak mahu melihat adat dan senibudaya Murut pupus ditelan zaman...(maka) dengan itu kita luluskan peruntukkan tahunannya untuk membiayai Pesta Kalimaran setiap tahun,” tegas Datuk Seri Musa.

Dalam pada itu, Datuk Seri Musa turut menjelaskan kelewatan pelaksanaan sesuatu pembangunan yang dijanjikan kerajaan, meskipun begitu pasti ianya akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat walaupun berlaku sedikit kelewatan.

Tegasnya, kelewatan itu disebabkan pihak kerajaan perlu meneliti segala bentuk kesesuaiannya yang melibatkan kos pembangunan selain prosedur kerajaan yang perlu dipatuhi sebelum ianya diluluskan secara mutlak.

“ Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat teliti dalam merancang sesuatu pembangunan...kerana kita tidak mahu membelakangi prosedur dan kos kesesuaiannya. (dan).. apabila semua itu siap disediakan maka barulah kita laksanakan.

Selain itu, beliau turut menasihatkan rakyat agar jangan terpengaruh dengan dakyah dakyah pembangkang yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang tetapi sebaliknya semua itu adalah janji kosong. Mereka juga sanggup menabur fitnah kepada pemimpin BN menerusi Internet dan laman blog.

Terdahulu, Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang menegaskan bahawa keperihatinan kerajaan terutamanya Datuk Seri Musa Haji Aman yang membantu pengiktirafan kerajaan terhadap perayaan Pesta Kalimaran sebagai pesta anjuran kerajaan dengan mendapat peruntukkan kerajaan sebanyak RM200,000 sangat membanggakan.

Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Pengerusi Lembaga Perumahan dan Perancang Bandar (LPPB) Sabah menekan bahawa sejak awal penubuhan Pesta Kalimaran kira kira 10 tahun lalu Datuk Seri Musa adalah merupakan pemimpin pertama yang merasmikan pesta tersebut.

Tegasnya, kerajaan BN merupakan yang terbaik kerana memberi komitmen dan penekanan kepada sesuatu kaum melalui perayaan mengikut adat dan senibudaya untuk ditonjolkan semula kepada umum khususnya generasi muda yang bakal mewarisi adat dan senibudaya Murut.

“ Kejayaan penganjuran pesta ini bukanlah dipikul bersendirian tetapi ia turut dibantu oleh kesukuan kesukuan lain dimana ianya melambangkan semangat 1Malaysia sepertimana yang diilhamkan Perdana Menteri Dato’Seri Najib Razak.

“ Bukan setakat Pesta Kalimaran sahaja yang kami lakukan sedemikian malahan lain lain pesta seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina dan Pesta Kaamatan juga kita lakukan sedemikian dalam konteks semangat 1Malaysia,” tegas Rubin.

Diakhir majlis itu Datuk Seri Musa menyampaikan anugerah “Tokoh Murut” untuk tahun 2012 kepada mendiang Ahjie Ginsuan seorang tokoh yang mengasas Persatuan Murut Sabah sekitar tahun 1960an.

Mendiang Ahjie diwakili oleh anaknya Junis Ahjie yang menerima surat penghargaan dan juga sepasang parang adat turun temurun yang dinamakan “Pailang”.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar KM SABAH- Kelihatan Datuk Seri Musa Haji Aman semasa ketibaannya merasmikan Pesta Kalimaran kali ke-10 diperkarangan Pusat Kebudayaan Murut.
2. Gambar BURUNG SANGANG – Datuk Seri Musa meletakkan pedang ke atas paroh burung sangang yang melambangkan pesta dimulakan.
3. Gambar TOKOH MURUT – Wakil mendiang Ahjie Ginsuan Junis Ahjie menerima watikah penghargaan daripada Ketua Menteri Sabah.