Ahad, 29 November 2015

OKK DAVID JANI SIFATKAN MAJLIS "AKI BANDARI" SEBAGAI PROGRAM JEJAK KASIH

Oleh: Mail Mathew

KELUARGA AKI BANDARI
TENOM. Nilai kepimpinan kesatuan keluarga perlu dipertahankan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan terutamanya tanggung jawab dalam memartabatkan institusi keluarga agar terus berada dilandasan yang benar, kata Ketua Daerah OKK David Jani. 

Beliau berkata, melalui persefahaman dan kerjasama sudah tentu semua perkara yang dirancang dapat menghasilkan kejayaan dan arah serta tujuan yang baik seterusnya membolehkan kita menikmati kejayaan hidup yang bahagia sepanjang hayat.

 "Jadi saya anggap tindakan yang dilakukan oleh golongan generasi muda hari ini harus dipuji kerana
OKK DAVID JANI
sentiasa mengenang dan menghargai generasi terdahulu, iaitu nenek moyang serta ibubapa mereka.....seperti bidalan ada mengatakan orang lama dihormati, orang muda disayangi,” katanya ketika merasmikan Majlis Hari Keluarga "Aki Bandari" yang diadakan di Dewan Jinuin Jimin  Kg. Mandalom pada Sabtu lalu.

 Selain itu, OKK David berkata bahawa, melalui program Hari Keluarga dapat menemukan mana mana keluarga yang sudah lama terpisah termasuk dapat mengetahui sejarah susulgalur keturunan mereka sehinggalah ke
peringkat cucu cicit.

 “ Saya simpulkan aktiviti ini lebih sinonim kepada program jejak kasih, kerana disinilah semua kaum kerabat keluarga Aki Bandari dapat bertemu dan bersuai kenal terutamanya golongan muda,” katanya.

 Dalam pada itu, David turut mengalu-alukan inisiatif penganjuran majlis itu yang dipengerusikan oleh Tomi Tomoh yang mewakili generasi yang ke-2 daripada keturunan nenek moyang mereka yang dikenali "Aki Bandari".

 Menurut David yang juga sebahagian daripada ahli keluarga Aki Bandari, mengharapkan program seumpama itu diteruskan agar hubungan persefaham terus terjalin di kalangan ahli keluarga.

 David berkata, harapan penganjuran Hari Keluarga seperti itu bakal memberi impak yang positif di kalangan ahli keluarga terutama melahirkan semangat kekeluargaan dan mendorong anak anak mereka untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

 Di majlis itu, beberapa acara turut diadakan antaranya pertandingan Ratu Cantik Hari Keluarga Aki Bandari, sukaneka, Ratu Fesyen Kanak-kanak, Ratu Pondan, Bina Badan Kanak-kanak, Ratu Ibu dan pemotongan kek warga emas.

Penyanyi tempatan Apiang Sausun turut menghibur memeriahkan majlis itu, yang dihadiri kira kira lebih 300 orang selain pemimpin masyarakat tempatan WKAN Nauyah Bauji, WKAN Nurigi Katab, KK Nasip Tingkayung dan KK Kilip Suman.

OKK David Jani turut memakhotakan “Ratu Hari keluarga Bandari” yang dimenangi Rebicca Timonty (johan), Jessy Lyn Benjamin (naib johan) dan ketiga Theracy Stimbo. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar DAVID FAMILY 1- OKK David Jani mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga “Aki Bandari”. 2. Gambar DAVID FAMILY 2- Kelihatan OKK David Jani menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukan dan lain lain. 3. Gambar DAVID FAMILY 3- Gambar Ratu Aki Bandari Johan (tengah), Naib Johan (kanan) dan Ketiga (kiri).

APS LAPOR POLIS, BERHUBUNG KENYATAAN KETUA UMNO BEAUFORT MENGHINA BANGSA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Angkatan Perubahan Sabah (APS) agak terkilan dengan kenyataan Ketua Bahagian Umno Beaufort sepertimana yang diviralkan dilaman sosial Facebook beberapa hari lalu yang menggunakan bahasa kotor, provokasi dan perkauman tanpa penafiannya walaupun ramai yang telah meminta beliau berbuat demikian.


PAUL KADAU
Naib Presidennya Paul Kadau (gambar), tampil membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan untuk mempastikan kenyataan Ketua Umno Beaufort itu benar berlaku atau atas khianat orang lain yang sengaja melaga lagakan pemimpin berlainan kesukuan.

 “ Kita mahu perkara itu dijalankan siasatan rapi oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kerana perbuatan menghina dengan menggunakan kesukuan atau agama sering berlaku dialam maya tanpa batasan.

“ APS memandang serius perkara seperti ini digunakan sesuka hati dialam maya dengan tujuan untuk membangkitkan sentimen perkauman terutamanya dari segi penghinaan keagamaan sesuatu kaum....(malangnya) laporan polis seperti ini sering dibuat APS tetapi tiada tindakan serius dilakukan oleh pihak berkuasa.

 “ Masih segar dalam ingatan saya, bahawa kes penghinaan bangsa Dusun ini berulang dibangkitkan
oleh pihak tertentu. Malah pada suatu ketika pernah berlaku kes seperti itu difailkan diMahkamah Anak Negeri khususnya diKeningau pada 8 Oktober 2013 terhadap Mufti Sabah (Datuk Aziz Jaafar), sehingga kini kes itu belum didengar lagi.

“ (dan) itu sebabnya, perbuatan seperti ini kini menjadi ikutan malah ianya seolah olah telah menjadi budaya oleh pihak tertentu termasuklah pengguna laman sosial Facebook tanpa rasa takut,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

 Selain itu, Paul yang juga merupakan Pengerusi APS Keningau berkata, ramai masyarakat Dusun telah tergores perasaan disebabkan kenyataan Ketua Umno Beaufort itu yang
melabelkan masyarakat Dusun penakut, Dusun anjing, Dusun bodoh dan memaki hamun keluarga Dusun.

Kenyataan sedemikian rupa boleh membangkitkan kemarahan meluap luap masyarakat Dusun di seluruh Malaysia khususnya di Sabah, kerana ianya sudah berada di tahap keterlaluan dan melangkawi batas kesabaran dimana hanya boleh diselesaikan menerusi undang-undang atau adat istiadat masyarakat Dusun, tegas Paul.

Beliau menambah, meskipun begitu, Ketua Umno Beaufort itu masih ada ruang untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Dusun diatas perbuatannya, jika beliau merasakan bahawa tindakannya itu tidak terniat sama sekali atau setidak tidaknya beliau membuat penafian dan disusuli laporan polis jika beliau difitnah. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar PAUL KADAU- Naib Presiden APS. 2.Gambar LAPORAN POLIS KADAU- Gambar Laporan polis. 3.Gambar KENYATAAN MENGHINA DALAM FB – Kenyataan Datuk Isnin Aliansih diviralkan dlm FB tanpa penafiannya.