Jumaat, 6 Januari 2017

MANGSA KEBAKARAN RUMAH DAPAT SUMBANGAN ADUN MELALAP

Oleh: Mail Mathew
ROBIN (TENGAH) MENERIMA SUMBANGAN DARI DATUK SERI RADIN

TENOM: Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Adun Melalap Datuk Seri Radin Malleh menyumbangkan sedikit bantuan kepada mangsa kebakaran rumah diKg Liuh pada waktu subuh minggu lepas.

Mangsa kebakaran rumah tersebut Robin@Zainal bin Angusa, menerima sumbangan itu yang disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap Simon Mamat pada Khamis.

Dalam pada itu, Robin ketika memberitahu pemberita berkata, dengan adanya bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan lagi bebanan yang perlu ditanggung untuk membina semula rumahnya yang telah hangus dijilat api.

“ Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada Adun Melalap kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapinya itu....dan begitu juga dengan para dermawan lain yang turut bersimpati dengannya,” kata Angusa.

Kejadian kebakaran rumah itu berlaku pada subuh 31 Disember tahun lalu (2016), mengakibatkan mangsa kehilangan rumah yang kelihatan tinggal tiang dan beberapa keping zink, namun tidak berlaku sebarang kehilangan jiwa. End///...(Mail Mathew) Caption:- 1. SUMBANGAN IKHLAS 1- Kelihatan Simon menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah.