WARISAN MAHU MEMERINTAH
PARTI lokal di Sabah termasuk di Sarawak tidak akan dapat mengubah kerajaan masing2 tanpa kuasai lebih 112 kerusi MP dan ini jelas dan fakta.
Contoh terbaik PBS/parti lokal memenangi majoriti PRN tahun 1985 tetapi gagal kuasai lebih 112 kerusi MP dan jelasnya tetap gagal tak boleh berbuat apa-apa.
Sekarang ini di Sarawak juga sama parti lokal perintah secara majoriti, pun tidak dapat mengubah keadaan sebab BN terus kuasai lebih 112 kerusi di Parlimen dan Najib berkuasa penuh.
Rakyat di Sabah terutama di kampung2 kena faham sistem tadbir di Malaysia ini sebelum mendendangkan kata undi parti lokal tanpa mahu berkerjasama dengan parti nasional.
WARISAN punya visi tertentu sesudah selesai PRN14 nanti dan itu akan dijelaskan dalam manifesto PRN nanti.
Parti lokal sekarang terus mendedangkan lagu sumbang untuk membodohkan rakyat dengan slogan yang bukan2 tanpa menjelaskan betapa pentingnya kuasai lebih 112 kerusi di peringkat nasional.
Parti yang kuasai kerajaan nasional harusnya memenangi lebih 112 kerusi MP dan boleh meminda cipta undang2 dengan mendapat majoriti sokongan lebih 112-148 undi di parlimen.
Yang memerintah diperingkat nasional akan kuasai WANG DISATUKAN, Tentera, Polis, Keselamatan, Imigresen, JPN, Pendidikan, Kastam dan banyak lagi jabatan2/agensi terpenting.
Parti-parti yang ada di Sabah ini sudah bertahun2 dan selalu menyertai election setiap lima tahun tetapi gagal memerintah Negeri Sabah kecuali BERJAYA dan PBS tetapi gagal memerintah kesan
tidak kuasai lebih 112 kerusi MP.
" Kita tidak mahu jadi pembangkang, sebalik kita mahu jadi pemerintah selepas PRN14 ini nanti dan dengan demikian barulah kita dapat melaksanakan manifesto dan janji2 kita.." Katanya DS Shafie Apdal yang yakin sangat WARISAN bakal muncul sebagai pemerintah di Sabah.
Calon2 yang menang 1-2 kerusi DUN dan Parlimen tidak akan dapat membantu rakyat kesan mereka bukan pemerintah dan tidak diamanah mengawal dana WANG DISATUKAN dan kesan tidak berkuasa terhadap hasil negeri, maka mereka hanya berkokok sedang rakyat perlukan jalan raya, sekolah, klinik dan segala macam keperluan asas.
Sebaik saja memerintah, WARISAN akan berkerjasama dengan kerajaan Sarawak yang mempunyai 31 kerusi MP dan tambahan dari Sabah sebanyak 25 kerusi menjadi 56 kerusi menjadikan satu jaminan kekuatan untuk kerajaan melaksanakan perjanjian 1963.
Dengan penyertaan rakyat yang diluar jangka sekarang ini, DS Shafie Apdal yakin sangat WARISAN akan memerintah setelah PRN-14 nanti.
Mesti berubah
SabahUbah
SabahUbah
ISMAILY BUNGSU
21/2/2017
1:55PM