Isnin, 3 Oktober 2011

RESTORAN PELANCONGAN PEDALAMAN BERSTATUS PROFESIONAL






Oleh: Ambrose M. Matthew

KENINGAU: Pengurusan Restoran Pelancongan Pedalaman yang mana satu satunya restoran berkelas ‘standard’ setakat ini disini menegaskan ia beriltizam untuk menyahut seruan kerajaan agar menaiktaraf kemudahan prasarana yang sedia ada supaya ia memapu menarik lebih ramai pelancong luar melawat ke daerah daerah Pedalaman.


Demikian dinyatakan Pengerusi Persatuan Pelancongan Pedalaman Frankie Tamin yang juga merupakan pemilik restoran tersebut dalam satu kenyataan disini pada Ahad.

Tegasnya, beliau yakin bahawa dengan siapnya kerja kerja mengubahsuai beberapa komponen lain dalam restoran itu, pasti akan memberikan kepuasan kepada setiap pengunjung khususnya pelancong luar yang akan bersantai disitu kelak.

“ Setakat ini kita telah pun menerima pelancong luar daripada China, Jepun, Taiwan dan juga pelancong dari negara Eropah tetapi setakat ini kita tidak pernah menerima teguran mahupun komplen dari mereka,” tegasnya.

“ Bagaimana pun kita faham bahawa masih ada kekurangannya…sebab itu kita telah bina bilik konferensi berhawa dingin supaya kumpulan kumpulan pelancong boleh berbincang disitu sebelum mereka menuju ke sesuatu destinasi yang dituju,” tambahnya.

Tamin seterusnya berkata, restoran itu turut menambah lot lot gerai untuk menjual makanan Islam supaya pengunjung juga boleh membuat pilihan sendiri. Selain itu semua pekerjanya dimestikan memakai pakaian seragam berkuatkuasa Oktober 10, dalam beberapa hari lagi akan datang ini.

Restoran yang dibina sekitar tahun 2010 dengan kos kira kira RM1 juta telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun. Serentak itu Datuk Masidi memberikan peruntukkan sejumlah RM20,000 untuk meningkat keindahan lanskap dipersekitaran restoran tersebut.

Kini restoran tersebut bukan sahaja dikunjungi penduduk tempatan malahan ianya menjadi persinggahan para pelancong luar sebelum menuju ke destinasi seperti Batu Punggul dekat Sepulut, Taman Pertanian Sabah dekat Lagud Sebrang Tenom dan White Water Rafting di Pangi-Rayoh.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar FRANKIE TAMIN – Beliau kelihatan menunjukkan beberapa bilik diubahsuai untuk melengkapkan keperluan pengguna.
2. Gambar BILIK KONFERENSI- Bilik khas berhawa dingin untuk sebarang perbincangan.
3. Gambar KAUNTER UTAMA – menempatkan petugas menerima pesanan makanan dan minuman.
4. Gambar GERAI MUSLIM- Lot gerai Muslim turut disediakan.
5. Gambar RESTORAN PELANCONGAN PEDALAMAN.