RAMAHJAN IRINGI RUBIN |
TENOM: Para ahli Umno digesa agar melihat dalam perspektif luas dan menyeluruh, bukan sekadar mengintai dengan sebelah mata, hasil perjuangan mereka kerana rakyat dikawasan Kemabong dan Tenom perlu terus ada kesinambungan pembangunan pesat, kata Datuk Ramahjan Sulaiman Khan.
Oleh kerana itu, Pegerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom mengulangi pendiriannya agar kedua-dua penyandang “incumbent” Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong dan Parlimen Tenom perlu dikekal dan dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang.
Ini kerana, mereka telah melaksanakan tugas serta amanah dengan begitu `fantastik' selama ini, berganding bahu membela nasib rakyat, mendapatkan dana dan peruntukan pembangunan, demi untuk rakyat Tenom yang diwakili, katanya.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata demikian pada Program Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom Bersama Rakyat `Dihatiku' di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mansasoh, Kemabong dekat sini pada Khamis.
Turut hadir ialah Rubin yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom dan Raime yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Encik Juli Malik Hussin, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Encik Jamawi Jaafar.
“ Saya secara peribadi dan Pergerakan Wanita UMNO secara rasminya sudah berulang kali menyatakan sokongan dan pendirian itu.Mungkin apa yang dilakukan tidak sempurna semuanya, tetapi jangan dinafikan sumbangan yang besar tatkala melihat hal-hal yang kecil.
“Banyak kemajuan dan pembangunan dibawakan oleh kedua-dua mereka di kawasan Tenom. Rakyat sendiri dapat melihat dengan mata sendiri, hasil perjuangan dibawa kedua-dua pemimpin ini,” tegasnya.
Rahmahjan berkata, Rubin sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) dan Ahli Lembaga Pengarah FAMA, manakala Raime selaku Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, diberi kepercayaan oleh Ketua Menteri.Tan Sri Musa Aman, nyata telah menunaikan tangggungjawab dengan penuh cemerlang dan berdedikasi.
Sehubungan dengan itu,Rahmahjan berharap agar jangan ada di kalangan ahli-ahli Umno terpedaya dan terperangkap dakyah pihak tertentu yang cuba menanguk di air keruh, termasuk dari dalam parti sendiri.
“Jangan kita terbawa-bawa rentak pembangkang, yang sentiasa mengintai ruang dan peluang. Pihak pembangkang sekadar bermain politik murahan, menghentam peribadi dan personaliti, semata-mata untuk survival politik”, katanya.
Sebaliknya, Rahmahjan mengajak ahli-ahli UMNO agar satukan hati, kuatkan barisan, teguhkan pertahanan, untuk menghadapi musuh politik sebenar dalam PRU ke-14 akan datang. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1.DIHATIKU- Kelihatan Rubin diiringi oleh Rahmahjan dan Juli bersalam dengan ahli jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tenom.