Khamis, 17 Mac 2016

BELIA BERUSAHA TANPA MEMILIH PEKERJAAN PASTI BERJAYA

Oleh: Mail Mathew

KEDAI DONN TECH
TENOM: Berkat daripada sikap tidak terlalu memilih pekerjaan sudah pasti ada hikmahnya, asalkan seseorang itu rajin berusaha dan bersungguh sungguh dalam setiap kerjaya yang dijalankan, sudah pastilah ganjaran rezekinya akan melimpah ruah.

 Jejaka yang dimaksudkan berasal dari Kg Kalang Kenedan bin Azman 21, merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik berbangsa dari suku kaum Murut, satu satunya belia Murut yang pertama menceburkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan teknology elektronik.

KENEDAN
Ketika ditemui pemberita Harian Ekspress dikedainya DONN TECH pada Khamis Kenedan berkata, walaupun jurusannya dalam bidang sastera ketika diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun tidak pernah terlintas difikirannya untuk memilih pekerjaan berdasarkan jurusannya.

“ Apa yang lebih penting, saya tidak melalui zaman pengangguran secara berterusan kerana sikap terlalu memilih pekerjaan.....(selain itu) saya kena bantu keluarga untuk menyara kehidupan seharian kerana ramai lagi adik adik masih bersekolah,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana beliau boleh mendalami kemahirannya dalam bidang teknology elektronik sedangkan dalam sekolah dia dalam jurusan sastera Kenedan berkata, beliau mengikuti kursus jangka pendek selama 7 bulan di “ Sabah Skill Technology Centre (SSTC)” sebuah Kolej Twin Programme dengan Scotland.

 “ Selepas kursus 7 bulan di SSTC, saya ditawarkan bekerja sambil belajar di 'SkyTech Centre Point, Kota Kinabalu' sehingga dua tahun...dan selepas menimba pengalaman disitu, maka saya buat keputusan balik ke daerah sendiri untuk memulakan perniagaan secara kecil kecilan,” tegasnya.

SIJIL KEMAHIRAN
 Ditanya berhubung dengan sambutan masyarakat disini mengenai perniagaannya termasuk harapan ianya boleh berkembang maju Kenedan berkata,

 “ Sambutan memang agak memberangsangkan walaupun terdapat beberapa saingan hebat namun kualiti perkhidmatan yang perlu ditingkatkan termasuklah mempunyai modal pusingan yang kukuh untuk membeli alat ganti yang hanya terdapat diluar negeri ini,” ujarnya.

 Kenedan yang mengakui telah pun memohon pinjaman daripada sebuah agensi kerajaan pemberi pinjaman modal, akan menggunakan wang pinjaman itu untuk membesarkan lagi operasi perniagaannya sebaik baik ianya diluluskan dalam masa terdekat ini, katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7687- Kelihatan Kenedan sibuk membaiki sebuah henfon yang memerlukan pembaikan segera. 2.IMG_7686- Sijil kelulusan yang dicapai Kenedan dalam kursus jangka pendeknya. 3.IMG_7681- Kelihatan Kenedan sedang melayani seorang pelanggan. 4.IMG_7682- Kedai Kenedan “DONN TECH”.