Selasa, 15 Disember 2015

KERAJAAN PERLU KUATKUASAKAN ORDINAN TANAH HALANG TANAH ADAT DAN NT DIJADIKAN TANAH KOMERSIL, OKK DAVID JANI

Oleh: Mail Mathew

OKK DAVID JANI
TENOM: Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri (MAN) disini yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) OKK David Jani (gambar), menyertai percambahan pendapat berhubung status penanaman padi sawah tanah adat ditukar kepada tujuan komersil disifatkannya sangat tidak wajar.

 Beliau berkata, kegiatan tersebut perlu dibendung dengan menguatkuasakan Ordinan Tanah Adat Negeri Sabah yang sedia ada, dimana jika keadaannya dibiarkan berterusan sudah pastilah ianya akan menjadi ikutan malah lebih banyak tanah tanah adat bertukar tangan dijual ke pihak tokoh korporat luar.

 “ Perkara ini bukan sekadar andaian tetapi sudah berlaku disini apabila tanah sawah dijual kepada usahawan daripada Semenanjong untuk tanaman kelapa sawit....(saya) bimbang gejala ini akan menjadi ikutan jika kerajaan tidak berusaha menanganinya.

“ Saya telah menerima banyak aduan berhubung perkara ini tetapi kuasa yang ada pada saya amat terhad (selaku pengerusi adat dan peladang) namun sekadar dapat memberi nasihat agar jangan cepat terpengaruh kepada tawaran lumayan yang dijanjikan.

TANAH SAWAH TAPI SEBAHAGIANNYA DITANAM KELAPA SAWIT
 “ Oleh itu, dalam hal ini saya bercadang akan mengemukakan persoalan ini kepada mesyuarat Jawatankuasa Tanah Adat Daerah yang akan dipengerusikan Pegawai Daerah Tenom dalam masa terdekat ini,” katanya ketika mengulas kenyataan Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun dan Adun Tamparuli berhubung perkara itu pada Selasa.

 Dua hari lepas, Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun mempertahankan status tanah tanah adat sawah padi diPenampang dan status tanah tanah anak negeri (NT) untuk kekal sebagai tanah tanah anak negeri untuk ditanami sesuai dengan tujuan asalnya.

Manakala Adun Tamparuli Datuk Seri Wilfred M Bumburing pula berkata, satu kawasan tanah luas diSabah khususnya dipantai timur Sabah, kini dimiliki oleh perbadanan perbadanan besar yang bukan natif walaupun sesetengah tanah itu mungkin telah dipindah milik kepada natif sebelum ini.

Kedua duanya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Yahya Hussin semasa persidangan DUN Sabah baru baru ini bahawa kekurangan bekalan beras tempatan berkurangan disebabkan aktiviti penanaman padi semakin berkurangan.

 Dalam perkembangan lain, OKK David menolak tanggapan masyarakat petani sawah bahawa PPK tidak mengambil perhatian serius berhubung masalah ketiadaan jentera pembajak disini, namun masalahnya sehingga setakat ini pejabat PPK tidak menerima permintaan daripada para pesawah untuk mendapatkan perkhidmatan membajak menggunakan jentera.

 “ Mungkin berlaku kesilapan yang tidak disengaja kerana sebelum musim membajak bermula sepatutnya para pesawah datang mendaftar dipejabat PPK terlebih dahulu supaya kakitangan kami dapat menyelaraskan permintaan masing masing ke ususetia kami diKeningau,” tegasnya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7550- Kelihatan sebahagian tanah tanah sawah ditanam dengan kelapa sawit. 2.IMG_7553- OKK David Jani Pengerusi PPK Tenom.