Ahad, 22 Januari 2012

PRU13: Apa rakyat mahu?

Malaysiakini, 12:59PM Jan 18, 2012

Meskipun tarikh pilihan raya umum ke-13 masih belum diumumkan dan tempoh hayat Parlimen adalah sehingga tahun depan, ramai yang menjangkakan ia akan diadakan tahun ini.

Justeru, Malaysiakini, membuka ruang supaya rakyat negara ini, khususnya pengundi mengutarakan apa yang pada pandangan mereka perlu dilakukan oleh parti-parti yang bertanding.

Ini termasuk apa yang difikirkan mereka patut dilaksanakan oleh wakil rakyat dan kerajaan yang bakal memerintah untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.

Selamat memberikan idea anda!

Penulis GONOD SUNDA turut memberi komen seperti berikut:- SESUNGGUHNYA cita cita dan harapan 25 juta rakyat Malaysia menginginkan Negara ini diperintah secara ADIL dan SAKSAMA mengikut lunas lunas DEMOKRASI yang tepat serta berpaksikan kepada kehendak PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sebagai tunjang belakang pemerintahan Negara Malaysia yang telah mengambilkira pelbagai sensiviti kaum dan keturunan serta agama berdasarkan kemajmukan rakyat di Negara ini. DENGAN ini diperturunkan cadangan cadangan sebagai langkah penambahbaikan kepincangan pengurusan Negara serta sistem pilihanraya yang tepat seperti berikut:- (i) Kepimpinan Negara harus mengkaji semula dan menghormati kandungan yang telah dipersetujui agenda yang terkandung dalam 20 Perkara; (ii) Menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal (10 tahun); (iii) Wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) dikekalkan status sebagai Negara (bukan negeri) dan diberi hak dan kuasa otonomi dari segi melaksanakan pembangunan wilayahnya; (iv) Semasa PRU diadakan…tidak dibenarkan Perdana Menteri mengumumkan/memberi peruntukkan kepada mana mana wilayah dan negeri negeri di Semenanjong; (v) SPR hendaklah menjalankan fungsi serta tanggung jawabnya dengan penuh berkesan tanpa dipengaruhi oleh mana mana pihak; (vi) SPR mempunyai bidangkuasa eksekutif untuk membatal sesuatu PRU jika didapati berlaku RASUAH atau salahlaku semasa pilihanraya umum sedang berjalan; (vii) SPR mempunyai bidangkuasa perundangan untuk mendakwa mana mana pihak/parti yang bertanding menyalahi Akta SPR untuk didakwa diMahkamah Pilihanraya; (viii) Selepas Parlimen atau DUN dibubar hanya Perdana Menteri yang berkuasa mengeluarkan arahan selaku “Care taker kerajaan” dan dibantu oleh Ketua Setiausaha Negara, Negeri, dan Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Negeri Negeri; (ix) PDRM dan ATM akan mengambil alih kuasa Keselamatan Negara termasuk membantu SPR melaksanakan tugas serta tanggung jawab mereka semasa PRU berjalan.