Sabtu, 16 Mei 2009

RAIMIE TOLAK DAKWAAN NG CHOON SOON TIDAK TURUN PADANG

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi menolak dakwaan mantan Kapitan Cina Ng Choon Soon yang mengatakan beliau tidak turun padang melawat mangsa mangsa bencana banjir yang baru berlalu selain menuduh kerajaan dan wakil rakyat tidak mmemberi perhatian kepada masalah mereka (mangsa), adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Katanya, mungkin beliau terdorong oleh perasaan marah akibat banjir itu, namun Ng harus menyemak fakta yang sebenar sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan yang boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap beliau (Raimie) kerana kenyataannya.

Raimie berkata demikian ketika menghubungi Harian Ekspress pada Jumaat sebagai reaksi beliau terhadap kenyataan mantan Kapitan Cina Ng Choon Soon baru baru ini, berhubung kegagalan kerajaan dan wakil rakyat memberi bantuan kepada para mangsa banjir disini yang baru berlalu.

Raimie berkata, adalah agak malang bagi Ng yang tidak memahami bantuan mangsa mangsa banjir sejumlah RM20 ribu daripada peruntukkan Parlimen beliau khusus untuk mangsa mangsa banjir dimana pelaksanaan pengagihannya diurus oleh satu jawatankuasa khas bencana alam daerah, yang tidak langsung pun melibatkan beliau (Raimie) didalam proses tersebut.

“ Saya berharap agar Ng bersama sama menghulurkan tangan menangani masalah banjir…dan sama sama bergerak turun padang melawat mangsa mangsa banjir supaya Ng sendiri tahu kedudukkannya dan tidak salah anggap lagi,” jelas Raimie.

“ Saya juga terkilan bila Ng mengatakan wakil rakyat dan kerajaan tidak beri bantuan..tetapi bot dan injin yang digunakan kita sudah keluarkan untuk orang kampong,” tambah beliau lagi.

Raimie seterusnya berkata, untuk mengatakan bahawa wakil rakyat tidak turun padang melawat para mangsa banjir adalah keterlaluan kerana mungkin juga Ng telah lebih mengetahuinya dan nampak dengan sendiri bahawa setiap berlaku permasalahan seperti bencana alam banjir yang sudah berlaku disini beberapa kali, tetapi tidak ada pihak yang ketinggalan malah semuanya turun padang untuk membantu.

Pemimpin DAP digelar Political clown oleh Radin?


Naib Pengerusi DAP Sabah Edward Mujie ketika melawat diTenom baru baru ini, dimana beliau telah meninjau kemajuan yang dicapai BN disini, tetapi malangnya beliau terkejut kerana masih terdapat kepincangan disini antaranya seperti masalah jambatan Binaie.


Lantaran itu, Mujie menggesa kerajaan agar pembinaan jambatan baru Binaie seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini perlu dipercepatkan kerana beliau melihat bahawa keadaan jambatan yang ada sekarang sangat merbahaya, dimana selain kedaifan jambatan itu, masalah laluan 'single lane' juga tidak sesuai lagi dengan pertambahan kenderaan yang mengguna jambatan tersebut yang kian meningkat.


Cadangan Mujie itu amat baik yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka oleh pihak tertentu kerana apa yang dilakukan Mujie demi keselamatan dan keselesaan pengguna.


Bagimana pun, bukan sahaja Mujie menerima cercahan dengan kata kata kurang sopan berbentuk penghinaan kepadanya yang digelar Datuk Radin sebagai 'Politik badut' tetapi penjelasan Radin berhubung jambatan itu juga salah dan mengelirukan.


Mujie akan mengambil tindakan undang undang keatas kata kata penghinaan Radin yang menggelarnya 'Politik badut' yang semua orang tahu bahawa 'badut' ada persamaan dengan orang orang kurang siuman, jijik atau sampah masyarakat.


Selepas kenyataan Radin yang tersiar diakhbar akhbar tempatan yang menggelar pemimpin DAP itu sebagai 'Political clown' , banyak pihak berpendapat bahawa kenyataan Radin sungguh tidak bersopan dan tidak seharusnya kata kata berunsur penghinaan seperti itu dilontarkan terhadap seorang pemimpin yang biarpun Mujie dari pembangkang tetapi Mujie juga ada maruah.


Harus diingat bahawa peranan DAP dan Mujie sebagai pembangkang juga harus dihormati dan tidak semestinya ia dilayan dengan kata kata nista berbentuk 'personal' kalau pun DAP dan Mujie membuat teguran kepada kerajaan.


Titik tolak daripada insiden itu, adalah jelas bahawa pemimpin pemimpin BN sudah kehilangan kuasa mengawal perasaan kerana mungkin didorong oleh sifat 'ala arrogan' mahu pun tersentak dengan tempelak DAP yang tidak dapat ditepis lagi oleh BN selain bertindakbalas dengan melontar Mujie dengan kata kata berbaur penghinaan.


" Kesian juga si Mujie..bagus bagus dikampong...pegi Tenom dapat gelaran politik badut"


" Mainkah itu lango...jalan berbatu batu dapat 'badut'"


" Nasib baik diberi gelaran badut...lebih teruk lagi kalau 'badus'"