Khamis, 28 Julai 2016

UMNO TENOM NAFI 10 CAWANGAN KELUAR UMNO

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pejabat Perhubungan Bahagian Umno Tenom menafikan sekeras kerasnya kenyataan Ketua Cawangan Kanar merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian Nossil Basayu yang mendakwa kononnya seramai 10 cawangan Umno Tenom ada bersamanya mengistiharkan keluar daripada Umno, adalah karut semata mata.

Kenyataan Nossil pada Rabu yang dilaporkan portal AKU ANAK SABAH dan Astro Awani, tidak sedikit pun melemahkan perjuangan Umno khususnya diTenom, kata Setiausaha Bahagiannya Esar Andamas ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

“ Malahan gambar yang dipaparkan dalam portal itu pun kami tidak kenal siapa mereka yang sebenarnya....(mungkin) mereka ahli pungutan, kecuali Nossil yang duduk dihadapan ke-3 dari kanan.

“ Kami juga tidak terkejut dengan tindakan Nossil itu kerana selama ini pun kelibatnya sudah kami ketahui termasuklah kesetiaannya dalam perjuangan parti Umno,” kata Esar yang juga merupakan bekas Adun Kemabong.

Ketika ditanya lanjut berhubung tindakan selanjut terhadap Nossil Esar berkata, “ Kami kena tunggu mesyuarat minggu hadapan selepas Ketua Bahagian Datuk Rubin Balang kembali dari tugas rasmi di Kuala lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Nossil ketika dihubungi menyifatkan tindakannya bersama rakan rakan lain keluar meninggalkan parti Umno adalah muktamad dan tidak akan menarik diri walaupun dipujuk untuk membatalkan keputusannya kerana ia dibuat selepas memikirkan dalam jangka masa yang panjang, tegasnya.

Ketua Bahagian Umno Tenom Datuk Rubin Balang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau kerana difahamkan berada diIbu Negara atas urusan rasmi. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar KELUAR UMNO- Gambar rakaman daripada Portal AKU ANAK SABAH. Nossil duduk depan ke-3 dari kanan.