Rabu, 11 Januari 2012

LAJIM "JANANG GAYUH" PERLU AKUR KEADAAN POLITIK SEMASA

Oleh: GONOD SUNDA

SUASANA politik kali ini khususnya diSabah sudah banyak petanda bahawa PRU13 akan diadakan dalam beberapa detik dan ketikanya sahaja lagi kerana petanda awal sudah kelihatan kelibatnya terutama ketika dipermulaan lembaran tahun khususnya bagi tahun 2012 sudah menampakkan riak riaknya seperti stetmen stetmen beberapa pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang agak “panas” sedikit iaitu jauh berbeza daripada kebiasaannya.

ANTARA lain yang menjadi perangsang kepada kedatangan PRU13 apabila beberapa slogan dikalangan pengundi generasi muda sudah kedengaran seperti “ Ini kali lah!. Bah ngam lah etu?, Kamon oyo…tumbang barisih! Dan sanggilan poyoh!”. Selain diwarung warung atau dikedai kedai kopi, slogan ini juga pernah dipaparkan oleh kolumnis politik disebuah portal terkenal Sabahkini.net.

Justeru, kelangsungan kata kata seperti itu telah menunjukkan bahawa PRU13 diramalkan lebih rancak dan hangat pernah berlaku di masa masa lalu diSabah; Petanda seperti itu juga bagaikan akan ada semboyan bahawa regim kerajaan UMNO-BN diSabah atau setidak tidaknya diSemenanjung mungkin akan berakhir; Sama samalah kita nantikan kebenaran spekulasi ini.

DISEBABKAN hayunan kata kata sedemikian rupa menyebabkan banyak pemimpin “senior” sudah semakin gusar terutamanya pemimpin “Janang Gayuh” yang semakin gelisah sehinggakan berlaku “surung tarik” dalam kenyataannya ketika berucap dalam satu majlis yang dihadiri ramai pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang suatu ketika dulu pernah mengecewakan kepimpinan PBS pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sekitar tahun 1994 sekaligus mencatatkan rekod yang amat memalukan rakyat Sabah apabila baru beberapa hari PBS memegang tampuk kerajaan diSabah kemudian menjadi pembangkang;

Kesemua episode itu berlaku kerana gara gara tindakan Lajim, Rubin dan Zaini melompat ke UMNO yang menyebabkan kerajaan PBS tumbang kerana kehilangan suara majority DUN Sabah untuk meneruskan kerajaan. Komposisi DUN Sabah selepas PRU 1994 pada ketika itu amat getir dimana PBS mempunyai 26 kerusi manakala UMNO-BN 22 kerusi.

Lantaran itu, ‘gap’ antara PBS 26 kerusi dan UMNO-BN 22 kerusi mengakibatkan upacara “angkat sumpah jawatan KM” terlewat 48 jam dimana TS pairin terpaksa menunggu dipintu masuk Istana kerana tidak dibenarkan memasukki Istana oleh SU Sulit TYT disebabkan TYT gering pada ketika itu; Kesempatan itu, beberapa petugas (dipercayai dipihak UMNO-BN) merayau rayau dalam beberapa kumpulan untuk mencari ADUN ADUN PBS untuk dibawa menyeberang ke pihak mereka.

SEKALI PUN Pairin berjaya mengangkat sumpah jawatan sebagai KM Sabah pada 1994 namun ia hanya sempat bertahan beberapa hari sahaja selepas kelihatan muka “Janang Gayuh, Rubin dan Isa” muncul dikaca TV3 mengumumkan penyertaan mereka ke dalam UMNO;

Pairin yang biasa dengan tindakan mengejutnya sepertimana yang dilakukannya pada tahun 1986 (snap election) untuk membubarkan DUN tetapi kali ini (1994) niatnya tidak kesempaian kerana tidak diperkenankan TYT menyebabkan PBS dan Pairin tiada pilihan selain terpaksa akur kepada siatuasi ketika itu dimana PBS tersungkur lalu menjadi pembangkang.
Oleh yang demikian, titik tolak daripada hakikat itu Lajim harus menilai diri dan kepimpinannya bahawa apakah beliau masih relevan lagi dimata rakyat atau terpaksa akur dan perlu berehat dalam politik; Kerana Lajim mempunyai tugasan lain selain daripada berpolitik tetapi beliau boleh menggunakan pengalamannya untuk mencurahkan khidmat baktinya kepada masyarakat sebagai penasihat atau penaung kepada badan badan NGO

Apatah lagi, PRU13 pada kali ini kebanyakkannya dipelopori oleh golongan cendikiawan lahir dialab baru manakala 42 peratus merupakan pengundi pengundi generasi muda yang tidak mungkin akan mengiktiraf kepimpinan “Janang Gayuh” yang mereka labelkan sebagai jumud dan ketinggalan zaman untuk memimpin Sabah.


KOMEN:- Selaku penulis artikel ini secara jujur menyatakan bahawa ianya dibuat berdasarkan siatuasi politik yang sedang berlaku pada ketika ini. Penulis sengaja mengambil contoh insiden insiden yang telah berlaku semasa pilihanraya tahun 1994 sebagai ikhtibar untuk semua terutamanya pemimpin pemimpin masa kini kerana rakyat tidak mahu sekali lagi dibebani dengan perilaku menjijikkan yang pernah berlaku tahun 1994.

Semua fakta yang dibangkitkan adalah perkara yang benar benar berlaku dan bukan semboronoh dengan tujuan atau niat yang negatif untuk mengaibkan seseorang pemimpin tetapi sebaliknya semua orang tahu keadaan yang pernah berlaku dan telah pun tersiar dimedia massa secara meluas pada ketika itu.


Kita bersyukur kerana perkara yang telah berlaku sejak tahun 1994 telah berlalu dimana selepas itu ianya telah menghasilkan kebaikkan untuk rakyat diSabah selepas kerajaan UMNO-BN telah mengambil alih pemerintahan sehingga ke hari ini.

Harapan rakyat Sabah hari ini agar pergolakkan dimasa lalu biarkanlah ia terus berlalu dan jangan diulangi lagi.


Bagaimana pun, Penulis amat mengesali kerana artikel ini telah dipesongkan oleh pihak blogger lain dengan menukarkan tajuk artikel kearah yang terlalu negatif termasuk pemasangan karikatur yang menjadi kemarahan dipihak terbabit. Suatu perkara yang sangat dikesalkan ialah penambahan perkataan “Raja katak” dan lain lain perkataan yang maksudnya lebih condong kepada tuduhan/memfitnah.

Namun pihak Penulis tidak akan bertanggung jawab diatas kejadian itu kerana ianya bukan persetujuan mahu pun pendirian Penulis dalam perkara tersebut. Terpulanglah kepada pihak Blogger terbabit untuk mengatasinya dengan pihak yang tidak berpuas hati.
Sekian.