Rabu, 28 September 2016

JASAD DIMUAT KE DALAM TAJAU BESAR KEMUDIAN DIBAKAR KONON ADAT MURUT?

OLEH; ULU PADAS 
 
RUDY SULAIMAN MAIRI

SARANAN DEMI SARANAN dilakukan berbagai pihak agar penyampaian fakta sejarah hendaklah disampaikan maklumat yang tepat, terutama sekali kepada pelajar pelajar yang sedang meningkat naik dari tangga permulaan pengajian mereka. 

Namun masih ada lagi pakar pakar mahupun cendikiawan yang masih belum menerima teguran atau saranan daripada masyarakat luar, mengakibatkan buku rujukan sejarah yang terpenting tanpa disedari telah memuatkan maklumat yang kurang tepat mengenai adat Murut.

Hakikatnya, kejadian tersebut telah mendapat kritikan hebat dari masyarakat Mamagun khususnya bagi etnik Murut, dimana ia bukan sahaja disifatkan mereka sebagai suatu penghinaan tetapi juga ramai yang kesal kerana sejarah tersebut turut diajar ke sekolah sekolah.

Lantaran itu, NGO Mamagun akan menyiasat bukti pemesongan fakta sejarah yang melibatkan pengurusan upacara pengkebumian suku kaum Murut sebelum sesuatu tindakan lanjut akan dilakukan.

Malahan Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Sabah Rudy Sulaiman Mairi telah memanggil mesyuarat tergempar yang meminta para AMTnya membincangkan perkara tersebut pada petang Rabu dekat sini.

Ketika dihubungi Rudy berkata, “ Kenyataan rasmi hanya akan dibuat selepas satu laporan polis selesai diadakan kira kira jam 10 pagi Khamis...setakat ini, sebarang kenyataan belum boleh dikeluarkan,” katanya.

Laporan itu kini tersebar luas selepas ianya dimuatkan dlm buku sejarah sekolah. Sejarah itu antara lain mengkisahkan kononnya jasad suku Murut selepas kematian akan dimasukkan ke dalam tajau besar (dipercayai belanga) dan kemudiannya dibakar.

Jikalau terdapat bukti pemesongan ini berlaku berdasarkan tulisan buku sejarah sekolah dan dibenarkan ianya digunakan disekolah sekolah sebagai bahan pengajaran, pihak pihak berkenaan akan bertanggung jawab.

Sehubungan itu, NGO Mamagun akan meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) memberi penjelasan berhubung penggunaan buku buku tersebut disekolah sekolah seterusnya menarik balik buku buku tersebut yang kini berada dipasaran.

1 ulasan:

  1. JASAD DIMUAT KE DALAM TAJAU BESAR KEMUDIAN DIBAKAR KONON ADAT MURUT? Tulisan ini mengandungi fakta salah yang sangat serius. Bagaimanakah tulisan dan fakta yang salah boleh dibiarkan atau dilepaskan untuk penerbitan. Inilah akibatnya kalau penulisan diluluskan kerana tulisan itu tulisan kawan kita yang sering diamalkan di peringkat tinggi termasuk di peringkat universiti di Malaysia. Kadang2 beberapa tulisan diluluskan kerana yang menulis "kawan kita" dan tidak dihantar kepada yang betul2 pakar dalam kajian berkenaan, dalam kes ini pakar dalam etnologi atau sejarah Borneo. Kita ada ramai pakar tentang Borneo yang masih hidup yang boleh bercerita dan "check" kesasihan tentang laporan atau etnografi tentang "pengurusan mati" (celebrations of death, treatment of death atau rituals of death" di Borneo maupun di Nusantara. Komen ikhlas dan akademik dari Awang Hasmadi Awang Mois, Ph.D. (Cambridge)

    BalasPadam