Ahad, 20 Disember 2015

PRESIDEN NGO MAMAGUN KAGUMI SIKAP KETERBUKAAN KHAIRY

RUDY DAN KHAIRY, BERSALAMAN SELEPAS PERTEMUAN SINGKAT
PERTEMUAN singkat diantara Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin dengan Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi berhubung pembangunan belia Mamagun yang masih belum mendapat peluang sebarang bantuan daripada kerajaan.

 Walaupun pertemuan itu agak terlalu singkat namun Rudy menyifatkannya amat bermakna kerana dapat menyampaikan misi dan visi NGO Mamagun melalui satu surat cadangan yang diserahkannya untuk membantu anak anak buahnya supaya mendapat pembelaan dengan sewajarnya.

 Bukan setakat itu, malahan Presiden NGO Mamagun itu amat kagum dan respek terhadap sikap keterbukaan pemimpin belia khususnya Khairy dalam mendengar denyut nadi dan keresahannya terhadap masa depan belia belia hari ini.

 Selain itu, Rudy mahu melihat matlamat NGO Mamagun terus bergerak serentak yang merangkumi induk, sayap wanita dan belia bangkit dari lamunan masing masing menyertai program program kerajaan yang telah disediakan demi masa depan mereka.

“ Apabila kita berada dalam kerajaan, bermakna masa depan kita akan terjamin kerana segala galanya sudah ada perubahan dimana pemimpin pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) diperingkat negeri mahupun nasional sedia mendengar masalah kita.

 “ Buat apa kita masyarakat Mamagun bersusah payah memerah otak memikirkan kesongsangan fikiran semata mata mahu memburu hak dan kuasa....sekarang ini rintihan kita sudah didengari kerajaan pusat selepas pengumuman penurunan kuasa oleh Perdana Menteri,” tegas Rudy.

PEMBANGUNAN SUKAN: KHAIRY LULUS RM200 RIBU UNTUK ASTAKA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin meluluskan peruntukkan sebanyak RM200 ribu untuk ASTAKA bagi menjana pembangunan sukan sepak takraw bermula tahun 2016 dimana ianya meliputi berbagai kegiatan termasuk pengurusan.

 Berhubung dengan kerosakan astaka, padang dan balapan (running track) komplek Sukan Tenom selepas dilanda banjir tahun lepas, pihaknya akan membincangkan perkara tersebut terlebih dahulu dengan Kementerian Kewangan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, katanya.

 Beliau berkata demikian ketika merasmi kejohanan Sepak Takraw peringkat Negeri Sabah anjuran ASTAKA dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Tenom yang turut disertai 7 kontinjen diseluruh Sabah bertempat di Dewan serbaguna Kompleks Sukan Tenom pada Sabtu.

Turut hadir dimajlis itu, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah Datuk Louis Rampas, Presiden ASTAKA Datuk Ag Sham Haji Ali, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terrence E Pudin, Timbalan Pengurus Besar LSNS Asneh Mohd Noor, Pengerusi ASTAKA Tenom Jamawi Jaafar dan para pemimpin masyarakat tempatan.

KHAIRY DIBERI TAKLIMAT OLEH DO TENOM
elain itu, Khairy turut memuji peranan dan komitmen ASTAKA dalam melaksanakan tanggung jawab persatuan itu untuk mencari bakat bakat baru dengan menganjurkan beberapa kejohanan diadakan dikawasan luar bandar kerana sukan sepak takraw sangat popular dikalangan belia dikawasan luar bandar.

 “ Kita berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan kegemilangan sukan sepak takraw dizaman terdahulu dimana sukan ini kita yang mengunggulinya....kini sudah ada negara jiran seperti Thailand yang menjadi pesaing hebat kepada kita.

 “ Kejohanan seperti ini amat bermakna diadakan diperingkat kampong atau luar bandar kerana disanalah kita dapat mencungkil bakat bakat baru dalam sukan ini untuk diketengahkan sebagai pemain sukan sepak takraw menwakili negara,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi ASTAKA TENOM yang juga merupakan pengerusi penganjur bersama ASTAKA Negeri Jamawi Jaafar berkata, beliau amat berharap agar kerajaan pusat akan mengambil perhatian serius berhubung kerosakan infrastruktur sukan diKompleks Sukan Tenom yang dilanda banjir tahun lepas.

 Beliau menambah, adalah difahamkan kos pembaikkan semula atau menaiktaraf kompleks itu mungkin akan menelan perbelanjaan kira kira RM10 juta, dan ia tidak termasuk kos kos lain yang dipohon seperti penambahbaikan kemudahan dewan serbaguna dengan memasang penghawa dingin dengan anggaran kos lebih kurang RM1 juta.

 Bagaimana pun kata Jamawi, kerajaan ada keperluan untuk menimbangkannya yang harus mengambilkira objektif kerajaan untuk melahirkan atlet atlet sukan yang berbakat dimasa akan datang untuk digilap bagi mewakili diperingkat negeri dan kebangsaan.

 Dalam pada itu, ketika melawat kawasan padang dan balapan, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan memberitahu Khairy bahawa kerosakan frasarana sukan itu telah menyebabkan kegiatan sukan sekolah sekolah setiap tahun telah tergendala malah berpindah ke lain daerah untuk diadakan.

Selain itu, Madiyem yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah turut memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa itu dalam mesyuarat bulanannya telah merumuskan cadangan kepada kerajaan Negeri agar kerosakan keatas kemudahan sukan diKompleks Sukan Tenom diambil perhatian khusus untuk tindakan, katanya.

Seramai 7 kontinjen yang menyertai kejohanan selama tiga hari itu seperti Pasukan Sandakan, Tawau, Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah, Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara dan SUKMA Sabah. Ends///....(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7570- Kelihatan Khairy Jamaluddin menggunakan sumpitan untuk menyumpit belon sebagai gimik perasmian kejohanan Sepak Takraw peringkat Negeri Sabah. 2.IMG_7558 – Kelihatan DO Tenom Madiyem memberi taklimat kepada Khairy semasa melawat track dan padang yang rosak dilanda banjir tahun lepas.