Selasa, 1 Mac 2011
SUB PKR TENOM, NASIHATKAN SUHAILI JAGA TEPI KAIN SENDIRI?
Oleh: Mail Mathew
SETIAUSAHA Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Misery Raisimin menggesa pemimpin Umno disini khususnya Timbalan Ketua Bahagiannya Suhaili Guriaman agar tidak mencampuri urusan kepimpinan dalaman PKR tetapi adalah lebih baik beliau menumpukan perhatian kemantapan bahagian parti itu yang kini pengikut mereka semakin berkurangan dan berhijrah ke parti pembangkang
Katanya, adalah kerana beliau (Suhaili) senantiasa ‘syok sendiri’ dan duduk dibilik berhawa dingin setiap hari menyebabkan dia sendiri yang tidak tahu apa telah berlaku dengan pengikut pengikut parti itu yang dianggapnya masih kukuh seperti dulu lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Isnin ketika mengulas kenyataan Suhaili yang tersiar diakhbar tempatan (bukan Daily Express) baru baru ini yang mendakwa kononnya kepimpinan PKR semakin berkecai kerana pemimpin pemimpinnya tidak sehaluan dan tiada halatuju membangunkan rakyat.
Misery berkata, Suhaili yang sekadar melihat satu pihak sahaja terutamanya pembangkang yang mengambil contoh pergolakan dalaman PKR sebagai sasarannya kononnya pembangkang lemah dan tidak mampu menawan hati rakyat adalah merupakan satu anilisis dan perkiraan politik yang diamalkan Suhaili sebagai ‘silap dan kabur’.
Misery menambah, mengapa Suhaili tidak melihat secara keseluruhannya yang melibatkan parti parti komponen yang kini sedang bergelut dengan masalah korupsi yang serius dan berhadapan dengan perbicaraan diMahkamah seperti beberapa pemimpin MCA.
Malahan merangkumi beberapa pemimpin Umno yang telah terlibat dengan kes korup semasa pemilihan Umno lalu termasuk beberapa kes pemimpin Umno Sabah terutamanya mantan Ketua Menteri Sabah yang terlibat kes hutang jutaan ringgit kerana perjudian luar Negara.
“ Inikah jenis pemimpin yang dikatakan Suhaili kononnya pemimpin Umno semuanya baik baik dan BN adalah wadah perjuangan politik terbaik kerana pemimpin pemimpinnya berwibawa dan baik baik. Apakah benar dakwaan Suhaili itu dan betulkah mereka ini baik dan layak disokong rakyat sekali lagi,” tegas Misery.
Tegasnya lagi, soal pergolakkan dalaman parti ia bukan sahaja dialami kepimpinan PKR tetapi juga dipihak UMNO juga pernah melaluinya malah lebih teruk daripada apa yang berlaku dalam PKR sejak akhir akhir ini.
“ Kita juga pernah dikejutkan apabila beberapa pemimpin tertinggi Umno pusat suatu ketika dulu keluar beramai ramai ketika era Tun Mahathir dimana antara lain Tun Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tengku Razaleigh Hamzah keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46. Manakala diSabah Datuk Karim Ghani dan beberapa lagi yang lain keluar Umno kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan Umno negeri yang tidak konsisten dalam agenda perjuangannya,” tegas Misery.
Mengenai dakwaan Suhaili kononnya PKR sudah tidak ada pemimpin yang baik baik kerana semua pemimpin yang baik baik sudah berada dalam BN menyebabkan PKR sukar untuk memenangi pilihanraya akan datang Misery berkata,
“ Soal menang atau kalah dalam sesuatu pilihanraya ia ditentukan oleh pengundi dan bukan ditentukan oleh seseorang individu khususnya Suhaili kerana pengundi yang lebih arif dan paling berkuasa membuat pilihan pemimpin yang mereka suka malah mereka lebih cenderong memilih pemimpin yang tidak korup biar pun pemimpin itu dilihat perawakannya agak sederhana,” tegas Misery.
Dalam pada itu, Misery mencabar Suhaili agar membuat satu memorandum yang ditanda tangani oleh semua ahli Umno disini menyokong cadangan Ahli Parlimen Malaysia- Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian Kad Pengenalan Palsu dan kerakyatan kepada PATI jika Umno Tenom dan Suhaili menyatakan kehadiran UMNO-BN diSabah demi keselamatan dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat Sabah.
Sebagai makluman Suhaili, kepimpinan PKR dan lain lain parti pembangkang diSabah sudah pun menubuhkan ‘task force’ masing masing untuk mendapatkan tanda tangan segenap lapisan rakyat Sabah untuk menyokong penubuhan Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat siapakah dalang disebalik projek pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI termasuklah warga Pakistan yang kini berkeliaran diTenom.
MANA KIBLAT POLITIK DATUK PANG SELEPAS BERCERAI LDP?
Oleh: GONOD SUNDA
SEJENAK selepas pergolakan parti parti komponen BN diSemenanjung seperti Gerakan, MIC, UMNO, PPP dan MCA reda seketika kini timbul lagi pergolakan sebuah parti tempatan LDP yang dianggap sebuah parti ‘senior’ dalam komponen BN diSabah bersama dengan parti AKAR (sudah dibubar) sebuah parti ‘multi racial’ tempatan pada ketika itu.
Kemelut pergolakan LDP-Umno diSabah itu, semakin diburukkan lagi situasi politiknya apabila pemimpin kanan LDP itu yang juga seorang Timbalan Ketua Menteri Datuk Pang secara tiba tiba mengumumkan keluar daripada LDP sekaligus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah tetapi masih mengekalkan statusnya sebagai Adun Karamunting....meletakkan suasana kepimpinan LDP dalam keadaan terus tertekan.
Senario ini mengingatkan semua rakyat Sabah bahawa apa yang berlaku dengan SAPP suatu ketika dahulu rintangan politiknya seakan akan sama dengan apa yang sedang mendepani kemelut kepimpinan LDP ketika ini. Malahan penderhakaan segelintir pemimpin SAPP yang meninggalkan bahtera SAPP dan masih bersama BN disaat saat mereka diperlukan bagaikan dimakan arus sumpah SAPP malahan sumpahan itu terus ‘mengena’ sehinggakan pemimpin kanannya ketika itu yang juga seorang Timbalan Ketua Menteri terpaksa hinggap ‘mengemis meminta suaka politik’ disebuah parti yang kurang ternama dibumi Sabah suatu ketika dulu semata mata untuk meneruskan cita cita dan 'survival' politik mereka dibawah telunjuk ‘Mahaguru barunya’.
Ramalan demi ramalan terus bermain dikepala 'peramal bintang kedai kopi' bahawa senario yang dialami kawan Raymond seSandakan dengan Pang mungkin akan mewah seketika sehingga PRU13, namun rakyat dikawasan mereka sudah pun berkira kira dan mencongak congak masa depan karier politik kedua dua pemimpin serpihan ini sama ada masih diterima oleh pengundi kawasan masing masing atau sebaliknya. Jika tidak! Jawapannya amat mudah mereka akan berada disenarai antara pemimpin ‘makan pencen’ untuk selama lamanya.
Ramai yang berpendapat bahawa kemelut kepimpinan LDP ketika ini bukanlah suatu tekanan tetapi sebaliknya kini LDP melalui suatu proses 'Re-branding' terhadap tahap kesabaran, kesetiaan dan keberanian pemimpin pemimpinnya dimana selain itu ia seolah olah dalam proses menapis kredibiliti dan pendirian perjuangan pemimpinnya dan ternyata sudah terdapat seorang daripada pemimpin kanannya terkeluar daripada jenis baka pemimpin yang tulen yang disangkakan mampu melawan arus dan kini beliau bersiap sedia mengharungi dunia politik lain dan dijangka akan menjadi ‘pengemis politik – untuk mencari suaka politik dari rakan rakan komponen yang lain atas perintah Tok Guru Cucu Datuk Merah’.
Kemungkinan talian hayat politik Pang akan terselamat dan nilai saham politiknya masih diparas ‘Dinar’ jika Pang tidak teragak agak untuk mengosongkan kerusi Dun Karamunting dari sekarang untuk membuktikan pegangan kenyataannya yang memilih Musa Aman sebagai idola politiknya berbanding V.K.Liew bekas bossnya yang pernah berhempas pulas mengangkatnya ke takhta politik yang lebih tinggi dan selesa berbanding Teo dan Chin yang kini lantang bersuara menuntut keadilan dari Musa dan BN.
Kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Dato’Seri Najib Razak ketika mengulas perletakkan jawatan Pang dan tindakannya keluar dari LDP tanpa segan silu terus menyatakan Pang keluar LDP akan berhijrah ke Gerakan. Apakah Najib sudah merancang perkara ini lebih awal kalau tidak mengapa Najib terus sahaja menyatakan bahawa Pang akan berhijrah ke Gerakan? Wajarkah seorang Pengerusi BN bertindak sedemikian rupa tanpa berunding terlebih dahulu apabila seorang pemimpin BN melompat dari parti ke parti dalam parti komponen BN! Apakah perasaan parti komponen BN yang terlibat yang seolah olah dimalukan dengan tindakan sebegini rupa bertujuan menggertak LDP dan V.K.Liew atau antara lain perkataan mereka berusaha bersungguh sungguh men-demoralise-kan LDP?
Segenap lapisan rakyat yang menyokong dan mengundi LDP pada PRU12 kini terus tergamam dan tertanya tanya dihati kecil mereka bahawa apakah isu yang paling besar dihambatkan oleh LDP kepada BN sehinggakan LDP disisihkan secara tidak demokratik. Apa yang rakyat dan pengundi LDP tahu ialah isu MAZU di Kudat dan isu Ketua Daerah Kudat Haji Harun Bidin yang memecat 8 pemimpin masyarakat tanpa pengetahuan wakil rakyat Tanjung Kapor Teo Chee Kang.
Isu MAZU yang sangat popular dikalangan masyarakat Cina khususnya diKudat sepatutnya Musa selaku Ketua Menteri terus berpegang teguh kepada keputusan awalnya (yang telah pun mempersetujui lokasi cadangan itu diperingkat awal menurut mantan Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat) dan bukan bersikap berbelit belit dengan menukar keputusan disaat saat akhir menjadikan gangguan besar kepada proses pembinaan patung MAZU.
Akibat daripada keputusan Musa yang sering berubah ubah membuatkan ramai masyarakatCina merasa marah dan kurang senang dengan kelibat Musa yang dilihat seolah olah ibarat ada udang disebalik batu malah lebih sinonim dengan cerita donggeng wayang Indonesia sekitar tahun 1970an yang bertajuk ‘pembalasan siPitung’(sebuah kisah seorang pedagang yang suka memendam dendam).
Apa pun riak riak ini sudah menunjukkan bahawa bahtera UMNO-BN akan karam pada bila bila masa sahaja dari sekarang yang bukan sahaja diSabah dan Sarawak tetapi juga meliputi kawasan kawasan negeri diSemenanjung. Nyatalah andaian tokoh tokoh politik veteran dalam pembangkang bahawa Sabah dan Sarawak bukan lagi ‘Fixed Deposit’ tetapi kini telah bertukar kepada ‘Lost Deposit’ adalah tepat dan benar.
BN ABAIKAN PEMBANGUNAN RAKYAT NABAWAN?
Oleh: Mail Mathew
NABAWAN: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah mempertikai ketelusan serta tanggung jawab kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya wakil rakyat disitu kerana sanggup membelakangi Kg Loboh dan Kg Ulu Mosopoh dari menikmati arus pembangunan pesat meskipun slogan BN ada menyatakan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sebaliknya slogan itu ia umpama sekilas kata kata rethorik semata mata.
Katanya, beliau sedih melihat keadaan pembangunan dikawasan akar umbi terutamanya diKg Ulu Mosopoh yang berpopulasi seramai kira kira 200 orang terpaksa mengharungi arus deras sungai setiap kali mengeluarkan hasil pertanian mereka ke bandar kerana ketiadaan jambatan untuk menyeberangi sungai tersebut.
Manakala diKg Loboh, penduduk mengeluh kerana sebatang jalanraya disitu tidak pernah diselenggara menyebabkan keadaan jalanraya berlumpur dan berlobang lobang menyukarkan kenderaan melalui jalanraya tersebut.
“ Selain itu…mereka (penduduk) terpaksa memikul tong gas, getah, kopi dan padi setiap kali ke bandar kerana perhubungan jalanraya mereka terputus…keadaan ini amat menyedihkan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Ahad ketika melakukan lawatan ke perkampongan tersebut pada baru baru ini.
Dalam lawatan tersebut beliau telah diiringi pemimpin pemimpin bahagian SAPP Nabawan terdiri daripada Naib Pengerusi CLC Pilin Marusin, Malik Usau, Ketua Pergerakan Pemuda Turayo Samponon, Ketua Wanita Julie Raphael dan beberapa Ahli Jawatankuasa lain.
Jimmy seterusnya berkata, “ Masalah disitu menghantui fikiran saya lalu tertanya tanya dalam hati kecil, apakah yang telah dilakukan oleh wakil rakyat disini selama ini sedangkan mereka (Wakil Rakyat) telah berkhidmat lebih dua penggal. Kenapa masih ada perkampongan yang tercicir dari segi pembangunan,”.
Menurut seorang penduduk diKg Mosopoh dan seorang lagi diKg Ulu Mosopoh yang enggan indentiti mereka didedahkan memberitahu bahawa masalah yang dialami perkampongan mereka telah pun dilawati wakil rakyat disitu beberapa kali namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
Malahan katanya, harapan mereka untuk mendapat pembelaan daripada kerajaan dari segi pembangunan infrastruktur amat dinanti nantikan kerana kepada siapa lagi mereka menyandarkan harapan selain kerajaan yang diangkat oleh rakyat jelata.ENDS//..
PENDUDUK RUNDUM JADI PELARIAN DIBUMI SENDIRI?
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Dua penduduk dari Mukim Rundum Eman bin Undok 57, Ketua Cawangan UMNO Bangkulin dan Palipus bin Ampasu 45, terus dilanda kebimbangan dan khuatir mereka akan menjadi pelarian dibumi sendiri sekiranya masalah perkampongan mereka yang di labelkan oleh Jabatan Perhutanan sebagai haram kerana terletak dikawasan Hutan Simpan yang merangkumi Kg Katubu, Kg Kapulu dan Kg Sumambu tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.
Mereka menegaskan bahawa, mereka ingin mengetahui perkembangan status perkampungan mereka selepas dituduh mendudukki dan membuka ladang kawasan Hutan Simpan secara haram oleh Penguatkuasa Jabatan Hutan yang mengusir mereka dari kawasan itu pada Januari 13, 2011.
Justeru, mereka meminta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk campurtangan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat ini demi masa depan anak cucu cicit dan penduduk disitu sejumlah kira kira 3,000 orang, kata mereka dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress pada Khamis.
Dalam pada itu tegas mereka lagi, bahawa penjelasan Pengarah Jabatan Hutan Datuk Sam Mannan dalam kenyataannya selepas insiden tersebut telah menambah keperitan perasaan mereka dan menyifatkan Mannan seolah olah menghalalkan tindakan ganas kakitangannya.
Apa tidaknya tambah mereka, Mannan mendakwa kononya penduduk yang mendirikan pondok (shelter) disitu hanyalah tempat mereka berteduh yang lebih bersifat sementara dan bukannya rumah bangunan kekal seperti yang penduduk dakwa sebelum itu.
Antara lain kenyataan Mannan jelas mereka, pondok pondok itu didirikan kononnya semata mata untuk kegunaan sebagai perhentian mereka (penduduk) ketika aktiviti berburu binatang sambil menerokai perladangan dikawasan hutan simpan secara haram.
Bagaimanapun Eman Undok menyangkal dakwaan itu dengan memberi penjelasan bahawa rumah orang orang kampong yang diulit kemiskinan sejak dahulu kala sememangnya rumah mereka seakan akan pondok tetapi itulah sebenarnya rumah kekal mereka.
“ Kalau itu disifatkannya sebagai tempat persinggahan sahaja, bagaimana pula padi yang dihasilkan disitu ada tersimpan disulap itu….sedangkan kami sudah tinggal disini turun temurun mewarisi nenek moyang kami lagi,” tegas Eman.
“ Memanglah Datuk Sam Mannan anggap rumah rumah kami disini sebagai pondok kerana ini bukan bangunan yang terdapat seperti bandar tambahan lagi kami miskin mana larat buat rumah seperti banglo,” tambahnya lagi.
Insiden tersebut yang berlaku pada Januari 13, 2011 menyebabkan satu laporan Polis telah dibuat oleh Palipus Ampasu sekitar jam 1 petang dimana beliau telah diiringi beberapa penduduk kampong terbabit termasuk Ketua Kampong (KK) Haji Sabli Ambarok.
dengan padi kerana yang mengmat teringinkan kepastian dari kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah berhubung status kedudukkan kampong halaman mereka kerana selepas insiden itu perkampongan mereka dilabelkan sebagai haram kerana memasukki kawasan Hutan Simpan.
secara haram Menyedihkan lagi, sikap keterlaluan dan tidak bertimbang rasa kakitangan penguatkuasa Jabatan Hutan yang mengusir mereka (penduduk) dikawasan itu memperlakukan mereka seperti binatang, dimana 4 buah diroboh dan padi bertumpahan dimerata tempat tanpa belas kasihan.
telah diusir oleh penguatkuasa Jabatan Perhutanan bulan lepas (Januari 13, 2011), malangnya Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan dalam kenyataannya dua minggu selepas insiden itu menghalalkan tindakan kakitangannya tanpa peri kemanusiaan.
Mereka merasa amat kesal diatas insiden tersebut yang seolah olah meletakkan mereka sebagai penjenayah kelas pertama yang disusir tanpa pertimbangan yang sehingga kini mereka seakan akan pelarian dibumi sendiri.
Eman bin Undok 57, Ketua Cawangan UMNO Kg Bangkulin dan Palipus bin Ampasu 45, menyatakan demikian ketika memberitahu Harian Ekspress pada Khamis kerana didakwa telah memasukki kawasan Hutan Simpan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi dalam kenyataan beliau (akhbar ini) pada Januari 21,2011 menyelar sikap Jabatan Perhutanan sebagai bertindak ‘sambil lewa’ dan tidak serius.
Raimie turut dipetik sebagai berkata bahawa perkara tersebut sudah dikemukakan kepada Jabatan itu sekian lama namun gerak kerja bagi mebngenal pasti tanah adat seluas lebih kurang 800 ekar diabaikan oleh Jabatan itu.
Langgan:
Catatan (Atom)