Isnin, 19 September 2016

DATUK RUBIN DAN AJK UMNO TENOM KEKAL PENDIRIAN SOKONG NAJIB DAN MUSA

Oleh: Mail Mathew 


KENINGAU: Ketua Bahagian Umno Tenom merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, kawasan baharu DUN Tulid dalam kawasan Parlimen Pensiangan memang mempunyai kewajaran diberikan kepada Umno kerana parti itu telah banyak menyumbang pembangunan dikawasan itu sebelum ini. 

 Lagi pun, dalam kawasan Parlimen Pensiangan kini mempunyai tiga Adun termasuk Adun baharu Tulid semuanya dimiliki parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) tanpa penglibatan Umno yang dilihat sebagai tidak seimbang, katanya.

Selain itu, Rubin turut mengalu alukan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yakob yang mana kehadirannya disitu selain dapat bertemu dengan para ahli Umno ketika persidangan tersebut.

 Tetapi juga beliau berkesempatan mendengar sendiri keluhan beberapa pemimpin akar umbi berhubung masalah pembangunan dikawasan Pedalaman yang masih berkurangan, katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan alu aluan Mesyuarat Perwakilan serentak tiga bahagian Umno iaitu Umno Tenom, UMNO Keningau dan Umno Pensiangan yang dirasmikan Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yakob diDewan Masyarakat Keningau pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Umno Pensiangan Datuk Abd Ghani Yassin, Umno Tenom Datuk Rubin Balang, Umno Keningau Datuk Sairin Karno, Pegawai Penerangan Pemuda Umno Pusat Jamawi Jaafar.

Ketika menyentuh isu pembangunan, Rubin mengambil contoh wawasan 2020 yang dicetuskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kira kira hampir 30 tahun lalu, dimana antara lain matlamatnya untuk merangka berbagai aspek pembangunan ekonomi, merapatkan jurang perbezaan bandar dan luar bandar namun hasil pencapaiannya masih jauh sampai ke matlamatnya.

 Justeru, Rubin menggesa Menteri KKLW yang baharu agar lebih kerap turun padang untuk membantu nkan rakyat dikawasan luar bandar diPedalaman yang masih dalam serba kekurangan, katanya.

 “ Rakyat dimana mana ada berpesan, kalau rakyat tolong Umno...sebaliknya, Umno haruslah tolong rakyat pula,” katanya sambil berjenaka.

Dalam pada itu, Rubin mengulangi pendiriannya termasuk para jawatankuasa bahagianya bahawa ikrar taat setia yang pernah mereka zahirkan sebelum ini tetap tidak berubah dan kekal setia menyokong kepimpinan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. MESYUARAT UMNO- Kelihatan Ismail Sabri (tengah) menerima cendera hati daripada Rubin.