Oleh: Mail Mathew
KEMABONG: Sekumpulan anggota Polis melakukan serbuan keatas sebuah pondok terletak di Kg Bukit Layang Layang kira kira 200 meter dari jalanraya besar antara Tenom ke Sipitang yang dibimbangi penduduk sebagai pusat ajaran sesat.
Pasukan Polis dari Balai Polis disini yang diketuai Ketua Polis Balai Sub Inspektor Malim Nulantan berserta 4 anggotanya berkejar ke tempat itu sebaik mendapat maklumat daripada penduduk kampong pada Rabu untuk melakukan pemeriksaan.
Bagaimana pun setelah tiba dikawasan yang telah dikenal pasti oleh penduduk disitu mendapati kawasan persekitaran pondok terbabit kelihatan lengang, manakala didalam pondok itu terdapat beberapa peralatan yang dipercayai digunakan sebagai alat pemujaan.
Selain itu, terdapat sebuah buku yang mencatat beberapa nama individu dipercayai pelanggan yang menjalankan aktiviti di pondok itu termasuk sebuah keranda berbalut dengan kain kuning.
Tidak ada tangkapan dibuat pada ketika itu disebabkan ketika kehadiran anggota Polis disitu tiada seorang pun anggota mahupun kakitangannya berada didalam pondok tersebut selain kelihatan ia kosong.
Menurut Sub Inspektor Malim, beliau akan terus melakukan pemantauan disitu sehingga mendapat maklumat sahih berhubung modes operandi aktiviti pengguna dalam pondok tersebut termasuk mendalami maklumatnya menerusi kerjasama daripada penduduk kampong terbabit.
Dalam pada itu, seorang penduduk kampong yang enggan identitinya didedahkan memberitahu bahawa kegiatan disitu sudah berjalan sejak tahun lalu lagi namun kebimbangan mereka (penduduk) mula terasa apabila kelihatan pelanggan yang menghadiri aktiviti disitu menggunakan kenderaan kenderan mewah seperti 'double cab dan Ninja King” pada setiap minggu.
“ Kami amat bimbang kalau kalau ianya pusat kegiatan ajaran sesat sepertimana berlaku di Semenanjong beberapa tahun lalu..(jadi), sebelum terlambat kami ambil keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Polis supaya dapat disiasat.
“ Setakat ini terlalu banyak andaian dari penduduk disini dimana ada yang mengesyaki kononnya mungkin juga ia sebuah pusat aktiviti pemujaan untuk menilik nasib termasuk ramalan nombor ekor, “ tegas penduduk disitu yang enggan namanya disiarkan. Ends///...
Caption:- 1.IMG_5204- Tempat pemujaan dan keranda berbalut kain kuning. 2.IMG_5210- Keranda disitu menjadi tanda tanya penduduk. 3.IMG_5212- Pasukan Polis diketuai Sub Inspektor Malim kedua dari kiri manakala kanan sekali penduduk kampong. 4.IMG_5217- Buku mengandungi senarai beberapa individu.