Khamis, 5 April 2012

PMS PERLU TERUS BERDIKARI TANPA IKUT TELUNJUK ORANG LAIN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Murut Sabah (PMS) Jimmy Jawatah (gambar), menegaskan bahawa sudah sampai masanya masyarakat Murut perlu berpendirian tegas dalam menerokai arus pembangunan perdana tanpa bergantung kepada telunjuk orang lain.

Beliau berkata, semangat berdikari (berdiri diatas kaki sendiri) perlu diaplikasikan sebaik baiknya selain menjunjung terus matlamat perjuangan PMS dalam memertabatkan adat dan senibudaya masyarakat itu daripada pupus ditelan zaman untuk diwarisi generasi baru dialab baru.

“ Adat kita, bangsa kita dan bahasa kita adalah tanggung jawab kita bukan tanggung jawab orang lain. Kerana adat, bahasa merupakan identiti bangsa, ianya perlu dimertabatkan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai menyokong kenyataan Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing yang tidak mahu PMS khususnya suku Murut terpalit dengan pergolakan badan NGO lain yang difahamkan kini sedang bergolak.

Katanya, walaupun niat nurani penubuhan Persatuan KDM Malaysia itu mungkin baik dan ikhlas tetapi setidak tidaknya ia perlu menjelaskan terlebih dahulu halatujunya supaya masyarakat KDM khususnya masyarakat Murut lebih terdedah kepada objektifnya supaya ia tidak disalah tafsirkan.

Tambahnya, bukan semua seratus peratus masyarakat Murut faham dan bersetuju kehadiran NGO itu lebih lebih lagi dalam situasi politik ketika ini semakin rancak dengan isu isu sensitif dimana dalam masa yang sama jurang ketidak sehaluan pendapat semakin melebar sudah pasti menyukarkan kehadiran NGO ini bertapak dihati setiap masyarakat Murut.

“ Setitik persolan telah timbul bahawa apakah istemewanya KDM Malaysia mendapat lebih perhatian kerajaan berbanding persatuan persatuan lain khususnya PMS, sedangkan entiti dan status adalah sama taraf. (Kenapa)...ada perbezaan pula dan inilah yang dimuskhilkan komuniti itu,” tegas Jimmy.

“ Kita tidak mencemburui kehadiran NGO itu tetapi biarlah kehadirannya disenangi rakan rakan lain selaku badan NGO yang sama statusnya. Kami (PMS) juga boleh lakukan kalau diberi peranan oleh kerajaan dan diberi peruntukkan,” tambahnya.

Ditanya apakah beliau sedar bahawa 3,000 penyertaan suku Murut dalam NGO itu mempunyai kebenaran seperti yang didakwa dalam laporan baru baru ini Jimmy berkata,

“ Saya tidak menyedarinya kerana suku Murut dalam etnik Timugon tidak berminat menyertai NGO itu malah kami tetap setia dengan PMS,” tegas Jimmy.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar JIMMY JAWATAH

Pendirian kami gugur perkataan "Murut":PMS

Oleh: Mail Mathew

KENINGAU: Timbalan Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Taiming Lumaing (gambar) menyangkal dakwaan Presiden baru KDM Malaysia Datuk Peter Anthony kononnya terdapat lebih 3,000 Murut menyertai NGO itu adalah tidak berasas dan mungkin hanya diatas kertas sahaja.

Beliau berkata, dakwaan Datuk Anthony itu perlu dibuktikan kerana setakat ini tidak terdapat ahli ahli PMS menyertai NGO itu berdasarkan rekod keahlian Murut dalam PMS masih tidak berkurangan kerana tidak terdapat perletakkan jawatan dalam PMS.

“ Kalau benarlah ada masyarakat Murut yang bukan ahli PMS menyertai NGO itu tetapi perlu dinyatakan juga bilakah mereka mengadakan majlis penerangan dan kemasukkan ahli baru ke dalam NGO itu yang sudah tentu majlis itu diadakan diDewan Masyarakat diNabawan, Pensiangan dan Tenom...anehnya ini tidak pernah berlaku” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Selasa.

Datuk Taimin berkata demikian sebagai mengulas lanjut kenyataan Datuk Peter Anthony yang dilaporkan baru baru ini yang enggan menggugurkan perkataan “Murut” dalam NGO itu kononnya lebih 3,000 masyarakat Murut dari Pensiangan, Nabawan dan Tenom telah memohon menyertai KDM Malaysia.

“ Kita juga faham peranan KDM Malaysia sepertimana digariskannya ketika mengemukakan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) tetapi ia perlu mengambilkira peranan PMS supaya tidak bertindih menyebabkan banyak kekeliruan dikalangan masyarakat Murut.

“ (tetapi) jikalau ia tidak bermasalah tidak apa juga...malangnya NGO itu kini berdepan dengan masalah perpecahan dan masalah mereka sudah berada ditangan (RoS) kerana Presiden yang sah Datuk John Ambrose minta RoS sahkan siapa Presiden KDM Malaysia yang betul. Itu sebab kami tidak mahu terpalit dengan tempias mereka,” tegas Taimin.

“ Jikalau peranan yang dimainkan KDM Malaysia sebagai pusat penyatuan semua persatuan persatuan (konsortium) itu kita setuju kerana ia seolah olah bertindak sebagai payung untuk dimenfaatkan persatuan persatuan dibawah naungannya...tetapi kamu sendiri tahu dan dapat lihat baru beberapa bulan ia beroperasi Presiden yang sah Datuk John Ambrose diketepikan secara tidak demokratik, Timbalannya Datuk Rubin Balang tidak dijemput alasannya Datuk Rubin sibuk...ini semua tidak mungkin alas an yang tepat,” tambahnya.

Dalam pada itu, Datuk Taimin bimbang bahawa peranan dan tanggung jawab persatuan persatuan yang berasaskan KDM lambat launnya akan diambil alih oleh KDM Malaysia jika didasarkan kepada kenyataan Datuk Anthony itu yang merancang untuk mengadakan perayaan bersama iaitu Rumah terbuka Tadau Kaamatan, dan Pesta Kalimaran pada bulan Mei tanpa mengambilkira sensitiviti persatuan lain yang ada kepentingan dengan adat dan senibudaya KDM.

Selain itu, ketika Anthony menjelaskan halatuju NGO itu bahawa pertubuhan itu berjuang untuk kepentingan kumpulan yang lebih besar merangkumi masyarakat Kadazan Dusun dan Murut menguatkan lagi persoalan bahawa mungkinkah suatu hari nanti semua persatuan yang berasaskan KDM pasti akan mengikut telunjuk Datuk Anthony selaku Presiden KDM Malaysia.

“ Kenyataan itu juga melambangkan keangkuhan Datuk Anthony yang boleh disifatkan sebagai memperlekehkan kewibawaan pemimpin pemimpin KDM dalam persatuan masing masing. Apakah kurangnya ketokohan pemimpin KDM selama ini sehingga Datuk Anthony mengheret KDM Malaysia berlagak ingin menjadi juara kepada seluruh rakyat KDM atau Anthony dijadikan kuda tunggangan UMNO...siapa tahu?”.Ends///.
Caption:-

1. Gambar DATUK TAIMIN LUMAING