Khamis, 5 April 2012

PMS PERLU TERUS BERDIKARI TANPA IKUT TELUNJUK ORANG LAIN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Murut Sabah (PMS) Jimmy Jawatah (gambar), menegaskan bahawa sudah sampai masanya masyarakat Murut perlu berpendirian tegas dalam menerokai arus pembangunan perdana tanpa bergantung kepada telunjuk orang lain.

Beliau berkata, semangat berdikari (berdiri diatas kaki sendiri) perlu diaplikasikan sebaik baiknya selain menjunjung terus matlamat perjuangan PMS dalam memertabatkan adat dan senibudaya masyarakat itu daripada pupus ditelan zaman untuk diwarisi generasi baru dialab baru.

“ Adat kita, bangsa kita dan bahasa kita adalah tanggung jawab kita bukan tanggung jawab orang lain. Kerana adat, bahasa merupakan identiti bangsa, ianya perlu dimertabatkan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai menyokong kenyataan Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing yang tidak mahu PMS khususnya suku Murut terpalit dengan pergolakan badan NGO lain yang difahamkan kini sedang bergolak.

Katanya, walaupun niat nurani penubuhan Persatuan KDM Malaysia itu mungkin baik dan ikhlas tetapi setidak tidaknya ia perlu menjelaskan terlebih dahulu halatujunya supaya masyarakat KDM khususnya masyarakat Murut lebih terdedah kepada objektifnya supaya ia tidak disalah tafsirkan.

Tambahnya, bukan semua seratus peratus masyarakat Murut faham dan bersetuju kehadiran NGO itu lebih lebih lagi dalam situasi politik ketika ini semakin rancak dengan isu isu sensitif dimana dalam masa yang sama jurang ketidak sehaluan pendapat semakin melebar sudah pasti menyukarkan kehadiran NGO ini bertapak dihati setiap masyarakat Murut.

“ Setitik persolan telah timbul bahawa apakah istemewanya KDM Malaysia mendapat lebih perhatian kerajaan berbanding persatuan persatuan lain khususnya PMS, sedangkan entiti dan status adalah sama taraf. (Kenapa)...ada perbezaan pula dan inilah yang dimuskhilkan komuniti itu,” tegas Jimmy.

“ Kita tidak mencemburui kehadiran NGO itu tetapi biarlah kehadirannya disenangi rakan rakan lain selaku badan NGO yang sama statusnya. Kami (PMS) juga boleh lakukan kalau diberi peranan oleh kerajaan dan diberi peruntukkan,” tambahnya.

Ditanya apakah beliau sedar bahawa 3,000 penyertaan suku Murut dalam NGO itu mempunyai kebenaran seperti yang didakwa dalam laporan baru baru ini Jimmy berkata,

“ Saya tidak menyedarinya kerana suku Murut dalam etnik Timugon tidak berminat menyertai NGO itu malah kami tetap setia dengan PMS,” tegas Jimmy.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar JIMMY JAWATAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan