Isnin, 29 Januari 2018

PETIKAN BUKU "THE PAGANS OF NORTH BORNEO" JELAS MURUT ORANG ASAL TERTUA, KATA RADIN

Oleh: Mail Mathew 
 
SIMBOLIK MAKIBOMBONG ATAU GOSOK GIGI MENGIKUT ADAT MURUT TIMUGON

TENOM: Beberapa kajian sarjana mendapati masyarakat Murut adalah salah satu golongan Orang Asal yang tertua di Sabah dan telah lama menetap di Pulau Borneo ini, menurut Owen Rutter, dalam bukunya "The Pagans of North Borneo", tahun 1929, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh.

 Owen Rutter seorang pegawai daerah British yang pernah berkhidmat di lima residensi di Sabah dan juga 18 bulan sebagai pegawai penyiasat berkata,  "Since the early history of the human race is a story of continual migration, it is difficult to say who were the aborigines of any country. But since there is no evidence to show that those early settlers, whose descendants are now called broadly Muruts and Dusuns, reached anything but an unpopulated land, they may be considered the first inhabitants of North Borneo, menurut petikan bukunya di muka surat 21.

Radin berkata, Pesta Kalimaran Peringkat DUN N.35 Melalap/Daerah Tenom pada hari ini membuka satu lagi lembaran dalam sejarah kebudayaan masyarakat Murut di Sabah, bahawa Pesta Kalimaran anjuran Persatuan Murut Sabah (PMS) memberi peluang kepada masyarakat Murut amnya dan khasnya untuk membuat perancangan awal.

 Selain itu, ia harus menetapkan matlamat-matlamat yang ingin dicapai dalam memperkasakan kebudayaan dan kemajuan masyarakat Murut di negeri ini serta sebagai majlis hari kesyukuran kita sempena kejayaan-kejayaan yang kita perolehi pada tahun-tahun lepas, katanya.

 “ Pesta Kalimaran ini menjadi saluran mengukuhkan lagi kerjasama dansemangat kekitaan di kalangan suku-suku kaum Murut di negeri ini serta meningkatkanlagi kesedaran rakyat khususnya generasi muda Murut mengenai kepentingan mengetahui dan memelihara adat resam dan kebudayaan mereka.

 “ Adat resam dan kebudayaan termasuklah bahasa ibunda itu adalah jiwa dan identiti kita dan ia harus diketahui, dipelajari dan diamalkan agar ia tidak luput ditelan zaman,” katanya ketika merasmikan Pesta Kalimaran peringkat DUN Melalap diPerkarangan Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang dekat sini pada Sabtu.

Radin yang juga merupakan Adun Melalap berkata, mungkin ramai yang kurang mengetahui mengenai beberapa kumpulan sub-etnik Murut di Sabah seperti dari kawasan Rundum yang dikenali sebagai Sungai Tagol, Talangkai dan Saliliran; Sapulut seperti Sungai Sapulut, Lagungon dan Pensiangan atau Sumambu;

Tawau seperti Kalabakan dan Serudong; Kolor dari sekitar Sungai Padas; Ulu Bul di kawasan Hilir Padas; Paluan di sekitar Sungai Dalit; Tengara di sekitar Sungai Kuamut dan Kinabatangan; Timugon di Tenom dan Nabai di Keningau.

Kerajaan sentiasa menggalakkan badan-badan bukan kerajaan seperti PMS untuk menganjurkan program-program kebudayaan, sosial dan kemasyarakatan yang dapat memupuk perpaduan serta kemajuan masyarakat seperti Pesta Kalimaran ini, kata Radin.

Sehubungan ini, kita harus bekerjasama seiring dengan tema pesta ini, "Rondo Guang, Rondo Sukuon (satu hati, satu matlamat) untuk memartabatkan kebudayaan dan kemajuan orang-orang Murut agar setanding dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Dalam pada itu, Radin berkata, mungkin pihak RTM dapat menyediakan slot berita Murut di RTM TV1 (TVi) iaitu bersiaran beberapa minit dalam seminggu sekali ataupun selama 1-2 minit pada setiap hari seperti slot berita Kadazan dan Dusun di TV pada ketika ini.

“ Ia bukan sahaja akan meningkatkan pengetahuan orang ramai, malah memupuk minat di kalangan belia tempatan untuk membantu perkembangan kebudayaan Murut.

 “ Saya bersedia memberikan sokongan sekiranya PMS mengemukakan saranan ini kepada kementerian berkenaan nanti,” katanya.ENDS///...