Jumaat, 24 Februari 2012

Surat terbuka untuk Datuk Herbert T Lagadan!

Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada artikel Harian Ekspress keluaran pada Febuari 24, 2012 bertajuk “ PBS: Isu NCR diSabah berpunca daripada FMU” yang dinyatakan Naib Presiden PBS Datuk Herbert T Lagadan sebagai mengulas kenyataan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee pada Khamis.

Sebagai rakyat watan kawasan Parlimen Tenom yang banyak terdedah kepada masalah NCR dan beberapa insiden lalu berhubung pengusiran penduduk, membakar pondok pondok menyimpan padi dikawasan Mukim Rundum dan penangkapan 6 penduduk kampong Imahit bukan disebabkan FMU sebagai puncanya seperti yang didakwa Datuk Lagadan.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah berhubung tanah NCR yang berada dikawasan Hutan Simpan yang tidak disedari langsung oleh penduduk dikedua dua kawasan Mukim tersebut bahawa aktiviti mereka bertentangan dengan Enakmen Pemeliharaan Hutan Simpan.

Insiden ini berlaku kerana kerajaan sejak berpuluh puluh tahun lalu tidak mengiktiraf keujudan NCR dikawasan terbabit dan mungkin juga dikawasan lain diseluruh Sabah. Bagaimana pun penduduk asal berketurunan suku Murut tetap akan mempertahankan hak mereka mengikut adat istiadat berhubung tanah adat.

Oleh itu, adalah kurang sempurna dan kurang beradab jika Datuk Herbert menggunakan kedudukannya mengheret isu FMU dikawasan Tenom yang tiada kaitan langsung seperti yang diperkatakan Herbert itu apatah lagi beberapa insiden berlaku disini dimasa masa lalu.

Datuk Herbert harus menilai dirinya sendiri sebelum mengeluarkan perkataan yang berbaur politik lebih lebih lagi jika isu yang dibangkitkannya tanpa usul periksa apakah fakta yang sebenarnya.

Kami tidak menghalang Datuk Herbert bercakap soal politik tetapi biarlah berpadanan dengan apa yang dibangkitkannya kerana Herbert seorang pemimpin yang matang sudah tentu tidak boleh diperkudakan oleh orang lain.

" Kami disini mana ada FMU, yang ada masalah NCR masuk dalam kawasan Hutan Simpan...bila orang orang kerajaan datang terus sahaja robohkan pondok pondok kami dan halau kami. Itu lah yang disebut SAPP itu," kata yang hanya mahu disebut Minah.

Sekian.

ANAK CUCU CICIT ANTANOM PENUNTUT HAK NCR.