BUMBUNG GANTI BAHARU |
BEBERAPA pemilik premis perniagaan Kompleks Wawasan 2020 merasa lega apabila kebocoran atap bumbung bangunan itu akhirnya menemui penyelesaian selepas dibaikpulih dalam satu gotong royong antara DAP Sosialis Youth (DAPSY) Tenom dengan para pemilik premis tersebut.
Gotong royong tersebut sebahagian daripada Program Khidmat Sosial Masyarakat diketuai Pengerusi DAP Tenom Grelydia Gillod dan Nina Ahmad 29, mewakili para pemilik premis perniagaan.
Menurut Grelydia, program tersebut telah dijalankan selama dua hari berturut turut dengan membabitkan kos kira kira RM2,000 yang disumbang oleh semua pemilik premis, katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.
BUMBUNG LAMA |
Selain itu, wakil pemilik premis Nina Ahmad dan Julaidi bin Misri, turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada DAPSY Tenom pimpinan Grelydia Gillod kerana dengan usahanya itu, para peniaga khususnya pemilik premis merasa selesa ketika menjalankan aktiviti perniagaan harian walaupun pada musim tengkujuh (hujan), kata mereka.
Dalam pada itu, seorang bekas Pegawai daerah Tenom Norbert Lee yang telah bersara wajib yang juga salah seorang pemilik premis disitu berkata, kebocoran atap bumbung dibangunan itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ini, namun sehingga kini tidak ada
cannntikkkk.... |
“ Pemilik premis juga ramai yang terkeliru kerana mereka tidak tahu pihak mana yang akan mengambil tanggung jawab keatas rungutan kami....tetapi menurut pengalaman saya, kami bayar cukai pintu lebih RM250.00 setahun...jadi, kawasan yang rosak adalah dianggap 'corridor' tengah dan saya beranggapan itu adalah tanggung jawab PBT,” katanya.
Beberapa pemilik premis turut mendakwa bahawa keadaan disitu lebih terok ketika musim hujan apabila air hujan memasukki dalam bangunan kompleks itu disebabkan atap bumbungnya bocor dan membanjiri laluan awam (walkway) menyebabkan aktiviti perniagaan disitu terjejas terok. Ends///