TENOM: Penasihat Democratic Action Party (DAP) Kebangsaan Lim Kit Siang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa tindakan mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei satu satunya taktik pemimpin kerajaan menakut nakutkan rakyat yang jelas tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab semata mata untuk memastikan Umno/BN kekal sebagai puak berkuasa dalam pilihan raya yang akan datang.
UBAH...LimKit Siang ajak rakyat ubah kerajaan sekarang! |
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata demikian dihadapan kira kira lebih 200 orang masyarakat tempatan dalam satu majlis bersama rakyat di perkarangan Restoran Chi Hin dekat sini pada Ahad.
Hadir sama dimajlis itu, Pengerusi DAP Sabah yang juga merupakan Adun Sri Tanjung Jimmy Wong, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Hiew Kheng Chew, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Naib Pengerusi DAP Sabah Edward Ewol Mujie, Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin J Bosi, Pengerusi DAP Pedalaman Dr Benjamin Yap dan Pengerusi Penganjur Lawrence Piki.
Lim berkata demikian sebagai reaksinya berhubung laporan dari Konvensyen Pemuda Kebangsaan yang diadakan di Parlimen baru baru ini, antaranya Muhyiddin menekankan generasi muda Malaysia supaya bersatu padu untuk memastikan yang negara ini kekal stabil dan aman tenteram untuk mengelakkan pengulangan tragedi rusuhan 13 Mei 1969.laku.
SERONOK...hadirin terpegun mendengar ucapan pemimpin DAP |
“ DAP dan Pakatan memberi kerjasama penuh bersama dengan Umno dan BN untuk menjamin tiada pengulangan semula peristiwa tragedi 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang ini,” tambahnya.
LIM KIT SIANG...bersalaman dengan hadirin |
Selain itu, beliau turut mempertikaikan ketelusan kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak yang sering mengungkapkan 'janji ditepati' yang memberi pengertian bahawa pentadbiran BN telus dan menepati segala janji janjinya kepada rakyat sebagai retorik dan omongan kosong.
“ Adakah benar janji janji BN itu sudah ditepatinya?...Kenapakah RCI belum lagi dilaksanakan diSabah sepertimana janjinya kepada rakyat Sabah sebelum ini. Itu sebabnya Najib sukar untuk memutuskan bila masanya Parlimen dibubar dan bila pilihanraya umum diadakan kerana dia (Najib) sendiri takut berdepan dengan PRU-13,” tegas Lim. Ends///..