Isnin, 4 Mei 2009







gambar gambar


Mengenai diri saya...?

Saya Mail bin Mathew bekas Pegawai kerajaan yang telah bersara wajib pada tahun 2006 selepas mencapai umur 56 tahun. Bagaimana pun minat saya sebagai wartawan sangat mendalam sejak zaman muda muda lagi, malah ketika masih menjawat jawatan dalam kerajaan pun gian juga untuk menulis...kadang kadang mencuri masa juga untuk menulis.
Karya saya bermula sebagai Guru Pelatih tahun 1970 dan setahun selepas itu meletakkan jawatan dan memasukki PDRM pada Ogos 24, 1972...dimana selepas sahaja menjalani latihan kepolisian di PULAPOL (Pusat Latihan Polis) di Jalan Gurney Kuala Lumpur selama 8 bulan, saya ditugaskan sebagai Petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kapayan Kota Kinabalu, selama 6 bulan sebelum dihantar berkursus Juruwailis dan Cypher selama 4 bulan setengah.
Sekembalinya saya dari kursus itu, tugas dihadapan yang mencabar sedang menanti sebagai penterjemah huruf huruf RAHSIA yang digunakan oleh Pasukan perisikan dan Special Branch. Bagaimana pun, pada tahun 1985 saya meletakkan jawatan diPDRM dan terus bergiat dalam politik tetapi gagal...dan seterusnya menyambung karya sebagai penulis bebas.
Sekitar tahun 1994 peluang saya kembali cerah apabila kerajaan Barisan Nasional yang baru dibentuk pada ketika itu melantik saya sebagai Penyelia Kompleks Sukan Tenom Gred N17, dan selepas berkhidmat di Tenom selama 2 tahun saya dinaikkan pangkat ke Gred N27 dan ditukarkan ke Kompleks Sukan Keningau sebagai Pengurus.
Pada Tahun 1998, saya ditukarkan ke Kompleks Sukan Sandakan yang baru dibuka dengan pangkat yang sama sehingga tahun 2004, dimana saya mahu kembali ke Keningau kerana tidak lama lagi akan bersara pada tahun 2006 setelah umur mencapai 56 tahun.
AKADEMIK
-Tahun 1959 masuk sekolah GPS (Government Primary School) Tenom darjah satu.
-Tahun 1965 tamat darja enam Melayu mendapat markah 83% (antara yg tertinggi)
-Tahun 1966 melanjut pelajaran ke St Anthony's School dalam aliran Inggeris
-Tahun 1968 Berhenti sekolah diperingkat Secondary Two tapi hanya duduk kelas 2 bulan.
KELAS LANJUTAN SEMASA BERJAWATAN DALAM KERAJAAN
-Tahun 1974 Lulus Lower Certificate of Education (LCE) SM Cheng Meng Sandakan.
-Tahun 1984 Sijil Pelajaran Malaysia (SAP) Maktab Sabah.
PENDIDIKAN TINGGI KETIKA DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN
-Tahun 2000 ditawarkan mengikuti kursus di Institute Sukan Negara Bukit Jalil K.L
-Tahun 2001 Lulus Diploma Pengurusan Sumber (Dip.of Human Rsrce)

Mail Mathew


MEMATANGKAN DIRI SAYA

Tidak dapat dinafikan apabila usia remaja tidak dikawal bagaikan asap berkepul berpecah disimbar angin.Begitu jugalah ragam manusia apabila tidak terkawal sudah tentu gaya hidup keramajaan tidak berintergriti

Bagaimana untuk mematangkannya..barlah bermula belajar dengan gaya bahasa, tatasusila dan menyelami adat resam semua kaum...lepas itu harus ada perbandingan mana satu yang boleh diteruskan...kadang kadang ada juga adat resam yang keterlaluan tetapi perlu positi kearah itu kerana ada jalan untuk membetulkannya.

Tidak semua manusia PERFECT tetapi cukuplah kalau setakat sifat sifat kesederhanaan dapat diperolehi.

Jangan lupa bahawa kepercayaan kepada TUHAN satu satunya jalan terbaik dijadikan pedoman untu mencapai segala kematangan diri.

SELAMAT MEMBACA BG SAYA..
hi.....selamat datang