Oleh: Mail Mathew
KENINGAU: Mangsa kebakaran diKg Ansip pada pagi Ahad melibatkan 7 buah rumah hangus dijilat api, manakala 11 keluarga kehilangan tempat tinggal mendapat perhatian dan simpati Pertubuhan NGO Mamagun Sabah tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan dan pakaian.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Wanita NGO itu Norlea Yuntung kepada petugas urusetia kebakaran tersebut yang dikendalikan oleh Pegawai JPAM kira kira jam 7.30 malam pada (Ahad).
“ Kami bertindak dengan cepat sebaik mendapat maklumat berhubung kejadian yang agak memilukan itu....semoga mereka/mangsa tabah menghadapinya,” kata Norlea.
Difahamkan kebakaran yang berlaku kira kira jam 10.30 pagi pada Ahad, pihak berkaitan belum dapat menyatakan jumlah anggaran kebakaran tersebut kerana pihak berkaitan kini sedang dalam proses penyiasatan.
Manakala mangsa tercedera KAN Shapri @ Welfred Lagusing 60, melecur dibelakang badan dan kaki dan isterinya Nupi@ Angelina Lagusing 58, cedera dibahagian muka dan tangan.
Bagaimana pun, kedua dua mangsa difahamkan dalam keadaan stabil selepas diberi rawatan di Hospital Keningau. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:-
1.SUMBANGAN KG ANSIP- Kelihatan Ketua Wanita NGO Mamagun Norlea Yuntung (ke-2 dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Urusetia JPAM.