TENOM: Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi (gambar), menyifatkan pengumuman Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan 'Huguan Siou'(HS) masyarakat KDM Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menamakan daerah Tenom sekali lagi menjadi tapak pelancaran Pesta Kaamatan peringkat Negeri amat bertepatan dan dialu alukan.
RUDY |
“ Inilah peluang sebaik baiknya masyarakat Mamagun memainkan peranan penting dalam memasarkan karya karya mereka yang dihasilkan melalui kraftangan seperti bubuyung, balait, lilivu, tapan dan pupuran.
“ Kalau sebelum ini penghasilan kraftangan hanya tertumpu pasarannya hanya setiap minggu dipasar tamu mingguan tetapi kali ini mereka boleh memasarkan dengan skala besar,” katanya ketika mengulas pengumuman
MADIS |
Selain itu, seorang Ketua Rumah Tradisi KDCA Tenom Charlton Madis Suman menegaskan agar pemilihan itu akan memberi menfaat kepada masyarakat disini dimana ia bukan sahaja dapat memperagakan produk produk keluaran tempatan tetapi juga dapat memperkenalkan adat dan senibudaya masyarakat Murut pelbagai etnik diSabah.
“ Sesuai dengan tema yang diberikan “Keamanan dan Persahabatan”, saya percaya bahawa dengan pemilihan Daerah Tenom sebagai tuan rumah yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dapat mempromosi pelbagai kebudayaan suku suku dan etnik daerah ini,” katanya sambil menegaskan bahawa pengalamannya menerajui Rumah Tradisi KDCA lebih 10 tahun yakin
WONG TET YUN |
Madis menambah, daerah Tenom yang mempunyai banyak etnik seperti Murut Timugon,Paluan, Kolor, Taghol, Lundayeh, dan banyak lagi etnik yang tinggal diluar daerah pasti mengalu alukan pesta tersebut dilancarkan disini.
Manakala seorang usahawan masyarakat Cina Wong Tet Yun pula berterima kasih diatas keputusan kerajaan Negeri terutamanya Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk melancarkan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2016 pada 1 Mei sebagai satu anjakan paradigma dari segi sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
Wong berkata, impak daripada pesta itu sudah pasti akan dapat melonjakkan ekonomi dan memberi kesempatan kepada para peniaga khususnya restoran dan hotel hotel untuk mendapat tempahan penginapan daripada pengunjung luar daerah mahupun pelancong antarabangsa.
Tenom yang telah terkenal dengan “Kopi Tenom”, pusat riadah white water rafting diRayoh, Pusat Kebudayaan Murut, Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang dan Lagenda 'Tanah Pinisi” Ulu Bunut Sapong tentunya akan menggamit kehadiran pelancong luar, jelas Wong. Ends///...(Mail Mathew)