Rabu, 13 April 2016

ISU TARIK BALIK MYKAD, GESAAN MAXIMUS DISOKONG, NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun menyambut baik gesaan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus J. Ongkili kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya dipercepatkan penarikan balik kad pengenalan yang dikeluarkan secara haram kepada warga asing sesuatu yang amat positif.

 Malahan langkah sedemikian telah pun dinanti nantikan oleh rakyat Sabah dalam menyelesaikan kemelut isu tersebut, dimana ianya telah pun dicadangkan sebahagian daripada usaha untuk membersihkan PTI diSabah, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Beliau berkata demikian ketika memberitahu media pada Rabu, sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Maximus yang juga merupakan Menteri Persekutuan pada baru baru ini diKota Marudu dipetik berkata, kedua dua kerajaan Persekutuan dan Negeri mesti mempercepatkan penarikan balik kad pengenalan yang dikeluarkan secara haram kepada warga asing dan melaksanakan pengeluaran dokumen dan IC baharu kepada rakyat tulen diSabah.

“ Langkah seperti ini memang kita menyokong sepenuhnya malah kita juga menggesa rakyat kita diSabah terutamanya masyarakat Mamagun supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam melaksanakan misi ini.

“ Jangan pula ia sekadar menjadikan gesaan ini sebagai suatu 'tarikan' semata mata tetapi selepas ini terus menghilang...sama seperti laporan Jawatankuasa Teknikal RCI yang belum didedahkan kepada umum sehingga ke hari ini walaupun telah berjanji untuk melaksanakannya,” kata Rudy.

Selain itu, Rudy turut menekankan perlunya kerjasama erat dengan jentera jentera kerajaan khususnya jabatan jabatan yang terlibat dalam pengeluaran dokumen dan kad pengenalan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), supaya menumpukan sepenuhnya misi tersebut kepada sasaran yang betul dan tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak berhak untuk memilikinya.

Dalam pada itu, Rudy yakin dan percaya bahawa kegiatan sindiket pemalsuan kad pengenalan dinegeri ini masih berleluasa berdasarkan beberapa laporan media sejak kebelakangan ini, dimana beberapa warga Filipina telah dicekup pihak berkuasa ketika bekerja Semenanjong kerana memiliki kad pengenalan palsu dan mendakwa mereka perolehinya dari sindiket diSabah.

Oleh itu, usaha menarik balik kad pengenalan dan diganti dengan kad pengenalan baharu khusus untuk rakyat tulen Sabah seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin diSabah sebelum ini adalah wajar dan perlu disegerakan pelaksanaannya, tambah Rudy. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7696 - Rudy (ke2 kiri) ketika selesai mengadakan mesyuarat Biro Pendidikan.