Oleh: Ambrose M. Matthew
TENOM : Kedatangan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak ke Sabah yang difahamkan akan ada pengumuman mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang sebelum ini ianya dinanti nantikan pelbagai lapisan rakyat namun khabar gembira itu disambut dengan kehampaan dan kekecewaan rakyat Sabah.
Malahan ramai yang kecewa kerana menunggu dengan penuh harapan ianya akan menjadi kenyataan namun sehingga Najib balik ke Kuala Lumpur, beliau langsung tidak menyebut pun soal RCI.
Demikian dinyatakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi dalam satu kenyataan disini pada Sabtu ketika dihubungi media berhubung khabar angin mengatakan Najib akan mengumumkan RCI semasa lawatan beliau ke Sabah baru baru ini.
“ Kita sudah tertipu dengan tipu helah mereka yang sengaja mensensasikan cerita kononnya UMNO telah bersetuju dengan penubuhan RCI...hakikatnya, ia suatu taktik kotor semata mata untuk memperdayakan rakyat Sabah supaya mereka dapat meraih undi daripada rakyat Sabah pada PRU13. Inilah bentuk pembohongan yang perlu kita awasi, supaya kita jangan terjebaknya” tegas Rudy.
Rudy yang juga merupakan Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman turut menempalak parti parti tempatan dalam komponen BN seperti PBS, UPKO, PBRS dan LDP agar bertindak segera keluar daripada BN kerana kejujuran dan ketelusan UMNO dalam BN sudah berkubur selepas kegagalan Najib mengumumkan RCI sebagai jelas membuktikan ketidak telusan UMNO terhadap BN.
“ Dompok, Kurup atau Pairin...jangan sekadar cakap cakap dalam media sahaja tapi buatlah tindakan secara gentlmen sepertimana yang dilakukan SAPP lebih tiga tahun lalu,” tegas Rudy.
“ Jangan pula mereka berkata, nanti dekat dekat PRU13 atau selepas bubar baru tergesa gesa umum keluar BN...itu tidak baik dan boleh dilabel sebagai tikam belakang BN. Ikut jejak langkah SAPP umum keluar BN ketika BN masih berkuasa...barulah gentlemen namanya,” tambah Rudy.
Dalam pada itu, Rudy turut mengingatkan rakyat Sabah agar tidak sekali kali termakan dengan pujian menggunung Perdana Menteri, Dato' Seri Najib berkenaan status Negeri Sabah yang kononnya tidak lagi merupakan negeri yang miskin.
Najib yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah mendakwa perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan ekonomi sejak 1963, menjadikan Sabah bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan.
Namun begitu, tegas Rudy, rakyat perlu sedar bahawa sekadar negeri kaya tidak membawa apa-apa perubahan sekiranya tidak membawa apa-apa menfaat dan hasil untuk diberikan kepada rakyat. Apalah erti kekayaan jikalau rakyat Sabah senantiasa berada dalam kecurigaan dan kebimbangan akan keselamatan mereka kerana PTI dan MyKad palsu berlegar legar disisih mereka.
Siapakah sebenarnya yang merompak kekayaan Sabah sebelum ini sehingga Sabah pernah dilabelkan oleh media antarabangsa sebagai negeri yang termiskin di Asia, tegas Rudy.
Selain itu pada laporan Ahad, Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dipetik sebagai berkata Perdana Menteri akan dapat menyatakan lebih banyak mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai sambil memberi harapan bahawa Dompok percaya Perdana Menteri pasti akan berbuat demikian.ENDS///..