Ahad, 13 Disember 2015

83 PEMILIK TANAH ULU MAILO SEDANG GIAT TANAM KELAPA SAWIT

Oleh: Mail Mathew


KK ROBIN KUMUAH
TENOM: Penduduk kampong seramai 83 orang diantara yang berasal daripada dua perkampongan dari Kg Mailo dan Kg Sungai Api bersyukur kerana tanah mereka seluas kira kira 500 ekar dapat diusahakan untuk tanaman kelapa sawit selepas kemudahan infrastruktur jalanraya masuk ke kawasan itu sejauh lima kilometer siap dibina.

Ketua Kampong (KK) Robin Kumuah yang mengusahakan inisiatif tersebut berkata, setidak tidaknya ia dapat memenuhi impian mereka yang tidak bertanah supaya golongan itu dapat menyertai arus perubahan yang disediakan kerajaan, katanya.

 Menurut Robin, lokasi kawasan tersebut yang berada dibanjaran Lumaku bersebelahan dengan daerah Sipitang berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang kerana akhirnya geran tanah dikawasan itu dapat diserahkan kepada setiap pemilik pada Mei 2014 sempena Tamu Besar Tenom .

 “ Kami bernasib baik dapat memiliki tanah tersebut walaupun banyak tomahan daripada beberapa
KAWASAN DIBERSIHKAN
pihak sebelum ini namun matlamat kami adalah ikhlas untuk menjaga kebajikan masyarakat yang tidak bertanah demi masa depan mereka.

“ Lingkaran jalanraya masuk ke blok masing masing termasuk bekalan air paip graviti sudah dibina...(dan) terpulanglah kepada pemilik setiap blok itu sendiri untuk mempelbagaikan penerusan usaha mereka...apa yang lebih penting, mereka telah dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Selain itu, ketika ditanya berhubung surat dihantar oleh Jabatan Alam Sekitar berhubung kemungkinan berlaku pencemaran keatas alam sekitar
JALANRAYA
selepas sisa sisa kayu balak dikawasan itu dibersihkan termasuk pembinaan jalanraya dan teres lorongan penanaman sawit beliau berkata,

 “ Surat itu bukan halangan untuk kami meneruskan kerja kerja disitu tetapi ia sekadar surat panduan bagaimana untuk mengelakkan pencemaran. Bagaimana pun, apa yang kami jalankan adalah pembangunan biasa bukan kuari atau memotong bukit secara berlebihan....malahan kami tidak pun membotakkan bukit bukit yang ada disitu...itu yang harus difahami, ” jelasnya.

 Ditanya lanjut, adakah mereka mendapat subsidi atau bantuan kerajaan untuk meneroka ladang mereka Robin berkata,

 “ Kami tidak dapat bantuan apa apa dari kerajaan atau para peserta kerana kontraktor yang kami lantik membiyai semua kos pelaksanaan projek tersebut....cuma kontraktor itu minta kami tanda tangan borang 2B untuk dikemukakan kepada Jabatan Perhutanan bagi tujuan bayaran royalti sisa sisa kayu kayan sebelum dikeluarkan daripada setiap blok geran tanah untuk dijual ke kilang pembeli balak,” tegasnya.  Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7544 - KK Robin Kumuah menunjukkan surat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). 2.IMG_7542 - Kelihatan lingkaran jalanraya yang dibina masuk ke kawasan itu sejauh 5km. 3.IMG_7534 - Pemndangan dari jarak jauh kawasan yang telah diterokai.