Selasa, 5 Jun 2012

PMS: SAMBUT BAIK RCI, LAKSANA SEBELUM PRU-13

Oleh: Ambrose M Matthew 

KENINGAU: Timbalan Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Taimin Lumaing (gambar), menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi pembangkang untuk memutar belitkan isu RCI yang telah pun diumumkan Perdana Menteri baru baru ini, meskipun trerlambat namun ia tetap dilaksanakan. 

Datuk Taimin Lumaing
Beliau berkata, sama ada dipihak pembangkang mahupun kerajaan seharusnya bekerjasama dalam menjayakan pelaksanaannya kerana kedua duanya mempunyai misi yang sama dalam memastikan RCI benar benar mencapai sasarannya.

“ Lambat atau awal RCI diumumkan...yang pasti ianya dilaksanakan sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) supaya tidak berlaku keraguan lagi mengenai dokumen, (jadi) perjalanan PRU-13 pun akan berjalan dengan lancar” kata beliau ketika memberitahu Harian Ekspress pada Selasa.

“ Selama ini pun kita bertegang urat kerana masing masing mahukan pihak Persekutuan meluluskan penubuhan RCI...apabila sudah lulus dan diumumkan takkan lah kita menolaknya lagi. Sebaliknya kita harus bersyukur dan menyambut baik pengumuman itu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan pembangkang sebelum ini yang tidak berpuas hati tindakan kerajaan lambat mengumumkan pelaksanaan RCI dimana mereka menyifatkannya seolah olah sebagi helah pemimpin kerajaan untuk meraih sokongan rakyat.

Taimin yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pensiangan ketika era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) sekitar tahun 1990an berkata, adalah lebih sempurna dan teratur jika PRU-13 diadakan selepas RCI dilaksanakan terlebih dahulu supaya segala keraguan yang timbul sebelum ini mengenai kewujudan Kad Pengenalan palsu telah dibersihkan.

Apa pun PRU-13 tidak akan bermakna langsung sekirannya isu pokok seperti proses menentusahkan dokumen tidak dilakukan terlebih dahulu untuk membolehkan pemegang Kad Pengenalan dibenarkan membuang undi, jika tidak keadaan pasti akan terus bergolak kerana masing masing akan mempertahankan dakwaannya, tegas Taimin.

Dalam pada itu, Taimin turut menggesa pihak tertentu agar melibatkan bekas penjawat tertinggi awam Sabah didalam barisan panel RCI yang bakal ditubuhkan kelak supaya ianya kelihatan berlaku adil kepada rakyat di Negeri ini terutamanya untuk mengelak sebarang keputusan yang dicapai ketika selesainya pelaksanaan RCI agar ia tidak menjadi pertikaian rakyat Sabah.

 “ TOR juga perlu dijelaskan kepada umum sebelum pelaksanaan, termasuk juga tidak mengecualikan isu ‘Projek IC’ untuk disiasat kerana isu tersebut sudah sebati dengan pemikiran rakyat Sabah sebagai antara yang menakutkan,” tegas beliau. Ends///..

Caption:- 1. Gambar DTK TAIMIN LUMAING

Dr M tak tahu banyak tentang 'Projek IC'

Sumber Malaysiakini.com

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing tidak sah sekitar 90-an berlaku tetapi mendakwa beliau tidak banyak mengetahuinya.

Seperti juga jenayah yang berlaku pada masa orang lain, ia tidak semestinya membawa maksud pihak terbabit bersalah, katanya. NONEDr Mahathir, perdana menteri selama 22 tahun, ditanya berhubung pengumuman penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan ratusan ribu diberi kerakyatan dalam 'projek' itu.

Perdana menteri terlama di negara ini bagaimanapun berkata sepanjang tempoh memantau pergerakan pendatang merupakan tugas yang sukar. Katanya, jika beliau akan memberi penjelasan jika terdapat pihak merasakannya bertanggungjawab.

Bagaimanapun perkara itu berlaku ketika kemampuan untuk memantau pergerakan terhad, terutamanya apabila melibatkan suku yang sering berpindah randah seperti Bajau Laut, kata Dr Mahathir.