JAMBATAN ROSAK KG ULU TEPOH |
Beliau berkata, jambatan tersebut merupakan laluan utama penduduk dikawasan perkampongan terbabit dan sekitarnya untuk sebarang urusan ke pusat bandar selain laluan untuk mengangkut hasil pertanian seperti getah, padi dan kopi untuk dipasarkan ke pusat bandar.
Gosubin yang juga merupakan salah seorang penduduk disitu selain pengguna jambatan tersebut turut merayu kepada pihak berkaitan agar perkara tersebut dapat ditangani dengan secepat mungkin demi keselesaan penduduk dan juga keselamatan para pengguna, katanya.
Ketika ditanya sama ada masalah tersebut sudah dikemukakan kepada pihak berkaitan khususnya JKR Gosubin berkata, masalah itu sudah dilaporkan oleh JKKK Kg Ulu Tepoh beberapa kali namun sehingga kini sudah menjangkau lebih setahun tidak kelihatan tindakan dilakukan, jelasnya.
“ Kami tidak berniat untuk mendesak kerajaan meminta pembangunan yang membebankan kerajaan...tetapi kena fikirlah semasak masak risiko yang bakal menimpa kami jikalau jambatan itu tidak dibaiki sudah tentu ia bakal bertukar tragedi yang mengerikan....(jadi) itu salah siapa,” kata Gosubin ketika memberitahu pemberita pada Selasa.
Gosubin berkata demikian ekoran kekecewaannya selepas beberapa aduannya ke pihak tertentu termasuk agensi kerajaan seperti JKKK berhubung kerosakan jambatan diKg Ulu Tepoh didakwanya diabaikan walaupun aduan telah dibuat ke pihak berkaitan.
Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Kg Ulu Tepoh Nazarious Gerimus 50, ketika dihubungi mengesahkan kerosakan jambatan tersebut dan mendakwa laporan berhubung perkara itu telah pun dimajukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan namun sehingga kini belum ada jawapannya. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1.IMG_7666- Kelihatan Gonsubin dan seorang penduduk menunjukkan gelagar beruti dan papan jambatan telah patah mematah. 2.IMG_7667- Gosubin serius dan kelihatan marah. 3.IMG_7670- Kelihatan kenderaan pengangkutan awam kena berhati hati ketika melalui jambatan itu.