Jumaat, 22 Julai 2011

HILANG KUASA OTONOMI PUNCA JPN SABAH TERUMBANG AMBING



Oleh: A.M.MATTHEW

TENOM: Kuasa otonomi dinegeri ini kini sudah mula dirasai bahang keperluannya oleh segelintir Kementerian mahu pun Jabatan diSabah dimana yang terbaru Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun menggesa Kementerian Pelajaran mengkaji semula program pengambilan gurunya diSabah.


Selain itu Masidi berkata, Sabah tidak berhasrat merampas kuasa Persekutuan terhadap pendidikan apabila ia meminta Jabatan Pelajaran Sabah (JPN) diberi kuasa (otonomi) untuk membolehkannya membuat keputusan mengenai pembangunan pendidikan untuk Sabah.

“ Selagi JPN Sabah tidak diberi kuasa otonomi untuk pembangunan pendidikan diSabah selagi itu semua proses pembuat keputusan masih ditangan KL…inilah gejala yang menghalang kepada kepantasan sesuatu tindakan,” kata Roger Stimin Naib Ketua Pergerakan SAPP CLC Tenom pada Khamis.

“ Sebenarnya…inilah yang diperjuangkan SAPP dan bakal di implementasikan apabila SAPP berkuasa kelak, kerana kita tidak mahu semua perkara dirujuk ke KL untuk kelulusan dan seterusnya pelaksanaan. Trend pentadbiran sebegini rupa sangat lambat dan tidak relevan kepada siatuasi masakini,” tambahnya lagi.

Tegasnya lagi, akibat daripada amalan seperti itu JPN Sabah menjadi kaku kerana ketiadaan kuasa “eksekutif” untuk membuat sesuatu keputusan yang cepat sedangkan terdapat banyak aduan daripada akar umbi terutamanya dikawasan pedalaman tentang kedaifan beberapa buah sekolah, perumahan guru guru dan beberapa lagi infratruktur lain.

Beliau menambah, perkara ini bukan sengaja direka reka oleh pembangkang untuk tujuan menjatuhkan imej kerajaan BN, sebaliknya sebelum ini sudah terdapat beberapa pemimpin komponen Parti BN juga telah menyuarakan kepincangan itu supaya kerajaan BN mengambil tindakan drastik.

Berhubung dengan kekosongan jawatan guru guru diSabah Roger menegaskan, bahawa setiap tahun terdapat pertambahan graduan menganggur diSabah disebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun tegasnya, dakwaan Masidi terdapat kira kira 700 guru guru kanan mengosongkan jawatan itu apabila mereka dihantar balik ke Semenanjung yang berlaku setiap tahun sepatutnya ia bukan masalah atau halangan melantik pengisian jawatan itu jika JPN Sabah diberi kuasa otonomi untuk memproses perlantikkan mereka.

“ Kenapa graduan dari Semenanjung perlu dihantar ke Sabah semata mata untuk mengisi kekosongan itu, sedangkan graduan kita diSabah berlambak jumlahnya malahan sama tarafnya,” tegas beliau.