BERGAMBAR SEBELUM MULAKAN GOTONG ROYONG |
PROGRAM Khidmat Sosial DAP Tenom terus dipacu aktivitinya untuk membantu masyarakat penduduk luar bandar yang memerlukan tanpa mengira kesukuan kaum mahupun fahaman politik mereka, adalah kerana misi dan visi DAP jelas ia lebih dekat kepada mensejahterakan rakyat, kata Pengerusinya Grelydia Gillod.
Beliau berkata, selepas berjaya melancarkan program tersebut dibeberapa buah kampong seperti membantu mengatasi masalah bekalan air graviti diKg Teritip Mosolog, Kg Ulu Saga, namun misi mereka yang berpaksikan kepada misi kemanusiaan mendapat sambutan masyarakat sekeliling.
Namun kali ini Khidmat Sosial DAP meneruskan misi program mereka dengan membantu melaksanakan kerja kerja pemagaran sekeliling padang ragut pemeliharaan binatang ternakan seluas kira kira 50 ekar diKg Ulu Tepoh dan Pamilaan pada baru baru ini.
“ Pelaksanaan kerja kerja tersebut dijalankan secara bergotong royong diantara penduduk penduduk kampong terlibat dengan gabungan DAPSY Pedalaman....manakala kos keseluruhan hampir RM8,000 untuk membeli peralatan yang digunakan bagi kerja kerja pemagaran,” katanya kepada media pada Isnin.
Terdahulu, jurucakap bagi pihak penduduk yang mempunyai kepentingan dalam padang ragut tersebut Setypanus Ebin berkata, ladang ternakan haiwan secara berkumpulan itu dibina pada tahun 1979, namun sehingga hari ini masih belum pernah dibaiki.
“ Kami bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan DAP Tenom kerana begitu perihatin dengan masalah penduduk dan sudi mengatur satu program gotong royong semata mata untuk mengatasi bebanan kami kerana sekeliling pemagaran ladang ternakan atau dalam bahasa tempatan paun kerbau telah rosak mengakibatkan banyak binatang telah bolos keluar,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1.DAPSY TENOM 1– Gillod dihadapan berdiri (ke-4 kanan) bersama penduduk sebelum memulakan gotong royong. 2.DAPSY TENOM 2 – Kelihatan beberapa gulung dawai berduri diangkat oleh DAPSY ke kawasan gotong royong. 3.DAPSY TENOM 3- Kerja kerja gotong royong sedang giat dijalankan.