Isnin, 23 November 2015

83 PENDUDUK KG MAILO KUTUK DAKWAAN PEMBANTAH

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Dua Ketua Kampong (KK) dalam daerah Kemabong KK Robin bin Kumuah 57, Kg Sungai Api dan KK Amui bin Lambuku 63, Kg Mailo telah membuat laporan polis berhubung laporan akhbar tempatan (bukan Harian Ekspress) kononnya 1,000 penduduk bantah pembalakan kerana sumber air graviti telah tercemar adalah tidak benar dan fitnah semata mata.

KK ROBIN DAN KK AMUI
 Mereka berkata, laporan akhbar berkenaan bertarikh 20 November 2015 dibuat oleh dua orang penduduk dikawasan itu Ambilit Maya 77, dan Marusin Encu 71, dipercayai didalangi bekas Pengerusi JKKK Kg Mailo Milkias Ngalabong.

 Menurut kedua dua Ketua Kampong terbabit, bantahan mereka bukan perkara baru malah sudah lama bergerak dengan menghantar surat bantahan kepada Pegawai Daerah disini serta semua Ketua Jabatan dengan alasan kualiti air tercemar namun ianya telah ditolak oleh Pegawai Daerah Madiyem Layappan setelah menyiasat kesemua dakwaan terutamanya kualiti air adalah tidak betul.

KK Robin berkata, projek itu melibatkan kira kira hampir 500 ekar tanah bergeran milik 83 orang peserta yang mana kebanyakkannya telah bersetuju dalam beberapa mesyuarat supaya tanah mereka diterokai dengan bantuan kontraktor membersihkan kawasan mengikut kuasa Form 2B yang telah diluluskan oleh Jabatan Perhutanan.

 “ Kami usahakan tanah ini dengan bantuan kontraktor untuk membersihkan kawasan sebelum
LAPORAN POLIS
ditanam dengan kelapa sawit manakala kayu kayan yang terdapat dikawasan geran kami sudah mempunyai kelulusan untuk membalaknya mengikut peraturan Form 2B yang diluluskan oleh Jabatan Perhutanan.

 “ Apa pula salahnya kami mengusahakan tanah sendiri yang sudah bergeran....lagi pun bayaran royalti telah pun dilunaskan sebelum balak balak itu diangkut keluar oleh kontraktor....apakah ini suatu pembalakan haram sepertimana dakwaan pihak pembantah?” kata KK Robin ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Mengenai dakwaan sumber air graviti tercemar oleh kegiatan pembalakan itu KK Amui Lambuku berkata, “ Setakat ini tiada masalah atau rungutan penduduk Kg Mailo seramai hampir 400 orang kerana sebelum kerja kerja dijalankan, sumber air paip graviti telah disambung ke puncanya di Ulu Mailo,” jelasnya.

 “ Pihak pembantah mendakwa kononnya 1,000 penduduk bantah pembalakan di Ulu Mailo adalah suatu pembohongan kerana semua orang tahu Kg Mailo hanya diduduki kira kira hampir 400 orang...mana datangnya 1,000 orang? Tegas KK Amui yang berang dengan tuduhan itu.

Dalam pada itu, KK Robin Kumua dan KK Amui Lambuku ketika ditanya lanjut apakah tindakan mereka selepas ini mereka berkata, mereka akan menyerahkan laporan polis ini kepada Peguam yang mereka lantik untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka mengikut undang undang.

“ Kami akan menuntut kerugian kerana sering terganggu dengan bantahan mereka selain beberapa perkara pembohongan dan fitnah yang telah mencemar reputasi mereka sebagai pemimpin masyarakat,” tegas mereka.

Ends///... (Mail Mathew) Caption:- 1.IMG_7513 - Kelihatan KK Amui (kiri) dan KK Robin Kumuah selepas membuat laporan polis diBalai Polis Tenom. 2. Gambar LAPORAN POLIS- Surat laporan polis oleh KK Robin Kumuah dan KK Amui.