Selasa, 5 Julai 2011

SAPP TENOM LEMAH, PERLU REFORM?

Oleh: AMBROSE M. MATTHEW

MISI DAN VISI perjuangan politik SAPP Tenom perlu diseriuskan jika ianya ingin mencapai objektifnya untuk memenangi PRU13 sebaliknya ianya tidak semata mata bersandarkan harapan kepada isu semasa yang banyak memihak pembangkang ketika ini khususnya Parlimen Tenom dengan ertikata lain “take for granted” keatas fenomena politik itu lantas pemimpin terbabit sudah terlalu ghairah dengan kehadiran isu tersebut sehingga ia menaruh harapan seterusnya tanggapan bahawa ia akan menang pada PRU13.

Pemimpin terbabit juga seakan akan dilihat tidak mahu berkongsi kepintaran dengan pemimpin lain selain ianya lebih suka bertindak sebagai “one man show” dalam menghadapi PRU13; selain itu beliau seolah olah tidak berminat mentransformasikan perjuangan SAPP Tenom kerana mungkin pada tanggapannya jika berbuat sedemikian kedudukan politiknya akan tergugat; lantaran itu mulalah sindrom “takutkan bayang bayangnya sendiri”.

Sikap sedemikian perlu dikikis sama sekali kerana didalam istilah kamus perjuangan politik seseorang pemimpin itu haruslah senantiasa berada dilapangan medan politik bersama rakyat; jika tidak seseorang pemimpin itu akan dlabelkan sebagai pemimpin bermusim kerana hanya muncul disaat saat apabila sesuatu pilihanraya menjelang tiba.

Pemimpin politik yang baik, tidak hanya bergantung sangat kepada jentera pilihanraya yang digubal begitu indah konon mampu mematah kekuatan pihak lawan tetapi sebaliknya harus sesekali menguji pelaksanaannya walaupun “dry run” yang dijalankan secara kecil kecilan mengikut kebijaksanaannya.

Malahan, tidak pernah berlaku pemimpin politik terulung sebelum ini sejak Merdeka baik dipihak kerajaan mahupun dalam pembangkang menganggap pilihanraya itu sesuatu perkara yang “enteng” ; sebaliknya mereka lebih suka bersedia lebih awal malah mereka tidak mahu mensia siakan masa walau sesaat pun untuk bertemu dan mendekati rakyat.

Jika kepimpinan SAPP Tenom terus menerus mengamalkan sikap sedemikian rupa, maka parti parti lawan khususnya BN akan terbahak bahak ketawa kegembiraan kerana melihat kelibat SAPP yang lembik dan mudah ditumpaskan; jangankan menumbang BN, malah menggegarkannya pun belum tentu.

Hatta, harapan rakyat khususnya penyokong penyokong SAPP mahu melihat ianya mampu menumbangkan BN pada PRU13, malangnya sikap dan kelibat pemimpin SAPP Tenom yang dilihat lemah membuatkan rakyat/pengundi merasa kecewa dan tidak berkeyakinan langsung kepimpinannya mampu menggarap tugas berat itu demi rakyat, Negara dan bangsa.

Lantaran itu, rakyat/pengundi mahukan pemimpin yang cergas dan konsisten dalam perjuangannya sebagai sandaran mereka untuk mengurus dan mentadbir negeri ini dengan lebih maju lagi berbanding yang ada sekarang.