Selasa, 9 Mei 2017

CADANGAN SHAFIE TUBUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SABAH WAJAR KATA ROGER

OLEH: ULU PADAS 
 
BERSAMA ROGER DUDUK KE-3 DARI KANAN

 KEGHAIRAHAN rakyat menerima kadatangan Parti Warisan diseluruh pelusuk rantau diSabah tidak dapat dibendung lagi, walaupun ada diantaranya cuba dihalang untuk menghadiri majlis majlis yang dianjur Warisan namun rakyat tetap bersama Warisan, kata bekas calon PRU13 Roger Stimin ketika bertemu penyokong penyokongnya dirumah bekas WKAN Pirus Ngalakon. 

 Katanya lagi, memang sudah tiba masanya rakyat inginkan perubahan dan bakal membuat keputusan pada PRU14, kerana momentom perubahan sudah bermula sejak pada PRU13 lagi namun gagal kerana pihak pembangkang telah tersilap strategi yang akhirnya menguntungkan BN.
SUMBANG SEPASANG TONGKAT KEPADA RAYA

 Kesilapan itu berlaku apabila pembangkang pada ketika itu terdiri daripada SAPP, Star, DAP dan PKR tidak sehaluan untuk melaksanakan formula satu lawan satu dengan BN, akhirnya setelah undi pecah semuanya menguntungkan BN.

 “ Saya bernasib baik memperolehi undi lebih dua ribu dan tidak hilang wang deposit...rakan rakan lain yang bertanding bagi DUN Melalap semuanya hilang wang deposit,” kata Roger secara berseloroh.

Ketika mengulas keputusan kerajaan baru baru ini, menghapuskan dasar kabotaj kerana menyebabkan kenaikan harga barangan diSabah dan Sarawak berbanding diSemenanjong, isu ini sememangnya telah diperjuangkan oleh kepimpinan SAPP sebelum PRU13 lagi.

Walaupun berita penghapusan dasar kabotaj itu merupakan suatu berita baik di wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) tetapi rakyat telah menderita dengan teruknya selama kira kira 30 tahun lalu.

Oleh itu, Roger yakin dan menyokong dasar kepimpinan Parti Warisan yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, apabila mencadangkan penubuhan kementerian pendidikan diSabah selepas Warisan memerintah kelak.

 “ Saya percaya perkara ini amat baik dan bukan gimik politik, kerana pada sebaliknya ia merupakan suatu usaha memajukan bidang pendidikan untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang cendikiawan terutamanya dipedalaman,” katanya.

Roger turut menggesa mereka yang pernah menyokongnya pada PRU13 supaya terus bersamanya untuk menyertai Parti Warisan, walaupun beliau bukan calon pada PRU14, tetapi siapa juga yang dipilih oleh pucuk pimpinan Warisan, harus diterima dengan hati terbuka kerana yang lebih penting Warisan menang untuk membentuk kerajaan baharu selepas PRU14, katanya.