PUAD TERIMA CENDERA HATI DARI RAMAHJAN |
TENOM: Ketua Pergerakan Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, Pergerakan Wanita Umno disini bangkit bersuara lantang, menentang dalang dan petualang, yang cuba menenggelamkan bahtera Umno dengan isu 1MDB, donation dan rasuah sepertimana dakwaan DOJ AS.
Oleh itu, pergerakan wanita mengambil pendirian, berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak tunduk kepada tekanan pihak luar, katanya.
Ramahjan yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata, janganlah ada yang terikut-ikut rentak kelibat seorang dua yang sudah berpaling tadah, berkelana membawa jiwa yang bercelaru, tegasnya.
Adalah kerana mereka bukanlah pejuang sejati, sebaliknya seperti burung helang yang terbang mengintai peluang -- “ Bila mendapat dibawa pulang, bila tak dapat terbang menghilang...serta berbagai-bagai lagi helah politik yang cuba diputarbelit,” katanya.
Ramahjan berkata, demi masa depan rakyat, janganlah sekali kali menaruh harapan atau menyandarkan kepada parti pembangkang, yang bukan sahaja tidak berpengalaman memerintah negara, tetapi lebih ketara lagi mereka adalah parti yang tidak moderate, rigid, dan mempunyai sikap politik yang amat menakutkan.
“ Pimpinan kita di Sabah, di bawah lindungan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, telah berjaya membawa anjakan perubahan amat ketara sepanjang Umno menunjangi pemerintahan negeri ini.
“ Hasil kepimpinan dinamik Ketua Menteri, negeri Sabah berubah wajah dengan begitu signifikan. Ia menjadi realiti bukan saja kerana politik yang aman dan stabil, tetapi lebih penting kaedah atau pendekatan yang dipraktikkan oleh kepimpinan negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucapan dasar mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno P.181 Tenom yang telah dirasmikan AMT Umno merangkap Ketua Pengarah JASA Datuk Dr Puad Zarkashi diDewan Sri Antanom dekat sini pada Sabtu.
Turut hadir, Ketua Umno Tenom merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, MP Tenom merangkap Timbalan Ketua Umno Tenom Datuk Raime Unggi, Pengarah JASA Negeri Sabah, ADO Kassim Yunus, para wakil pergerakan wanita Umno Negeri Sabah, para AJK Bahagian Umno Tenom dan para wakil wanita BN Tenom.
Selain itu, Ramahjan turut mengulangi kenyataannya dimasa lepas bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi calon pilihanraya sama ada DUN atau Parlimen pada pilihanraya umum ke14 (PRU14) namun jika ia ditawarkan untuk jawatan Ahli Dewan Negara (Senator) beliau sedia mempertimbangkan, katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan kehadiran pemimpin hebat, Datuk Dr Puad, Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Ketua Pengarah Jasa Malaysia, yang lama dikenalinya, kerana kualiti kepimpinan dan keperibadiannya, hati budinya, dan juga tutur katanya yang cukup merendah diri.
Ramahjan juga turut berterima kasih diatas sokongan dan bimbingan ketuanya Datuk Rubin Balang dan Datuk Raime kerana kerjasama mereka dalam menjayakan misi dan visi pergerakan itu sehingga telah sedikit sebanyak menampakkan kejayaan, katanya. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1.WANITA UMNO 1- Ramahjan menyampaikan cendera hati kepada Dr Puad sebagai penghargaan merasmikan mesyuarat perwakilan wanita Umno Tenom. 2.WANITA UMNO 2- Ramahjan, Puad dan Rubin menyanyi lagu Umno “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat” sebelum mesyuarat bermula.