Gimik perasmian program PBS CNY Walk Tenom diMalleh Square |
TENOM: Amalan perkongsian kuasa oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada semua kaum termasuklah masyarakat Cina menyertai pelbagai program pembangunan di Sabah khususnya di daerah Tenom.
Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Radin Malleh berkata, usaha-usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan di negeri ini khususnya daerah Tenom telah menampakkan kejayaan, katanya.
Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata demikian semasa program PBS CNY Walk sempena Perayaan Tahun Baru Cina diadakan pada Rabu. Turut disertai Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan beberapa pemimpin kanan PBS Pusat.
Pairin dan dibantu Pengerusi JKDB Chong melancarkan tanglung besar |
Radin berkata, sebab itu, setiap tahun oleh PBS akan dapat meningkatkan lagi persefahaman di antara para pemimpin parti serta mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah seiring dengan perjuangan parti untuk semua kaum.
"Sokongan padu masyarakat Cina terhadap program-program kerajaan itu amat penting demi kesinambungan kemajuan negeri ini,” katanya.
Rombongan PBS yang diketuai oleh Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut disertai oleh Timbalan Presiden PBS, Datuk Yee Moh Chai, Naib Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimi Unggi, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Lucas Umbul, Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan.
Selain itu, Tan Sri Pairin juga melancarkan dua buah tanglung besar berukuran diameter 6 kaki dan 5 kaki tinggi di Malleh Square, Pekan Tenom sebagai gimik perasmian program PBS CNY Walk Tenom tersebut.
Dalam pada itu, JKDB turut mengadakan pesta Bazaar sempena TBC pada 12 dan 13 Febuari yang bakal dirasmikan Datuk Seri Radin Malleh kira kira jam petang.Ends///...(Mail Mathew)