TENOM: Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) meragui keberkesanan pelaksanaan RCI kerana TOR (Term of Reference) yang diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu, tidak terdapat langkah seperti mencari siapakah dalang yang bertanggungjawab termasuk menghukum orang yang terlibat.
BETULKAN TOR....senarai 8 perkara tiada menyatakan bentuk tindakan pelakunya..? |
Lapan perkara yang disenaraikan sebagai syarat dan terma yang terkandung didalan TOR ianya sekadar memfokuskan kepada proses bancian dan siasatan tetapi tidak menyatakan dengan jelas rupa bentuk tindakan mengikut perundangan terutamanya tindakan terhadap dalangnya.
“ Ini jenayah besar terutama melibatkan penipuan dan pemalsuan dokumen. (Tetapi).. .tiada dalam terma untuk hukum pesalah dalam RCI. Kita tidak mempertikaikan kewibawaan para panel yang telah dilantik kerana mereka (panel) bukan bertanggung jawab menggubal syarat dan terma yang terkandung didalam TOR,” tegas Rudy.
Beliau menambah bahawa tujuannya sekadar mahu pihak tertentu segera memperbetulkan atau menambahbaik syarat dan terma didalam TOR supaya impak RCI lebih berwibawa untuk menyelesaikan misi RCI secara berkesan.
“ Walau bagaimana pun, kita ingin melihat BN mesti memberi jaminan bahawa mereka tidak memilih bulu, dalam mencari siapa yang menerima rasuah dan memalsukan dokumen, jika tidak seluruh RCI akan gagal,” katanya lagi.
Tegasnya, tidak ada erti RCI itu diadakan jika segala penemuan terhadap tuduhan rakyat sebelum ini telah terbukti tetapi para ahli panel tidak dapat bertindak lanjut mengikut perundangan disebabkan tiada peruntukkan yang disebutkan didalam TOR yang mengekang mereka (para ahli panel) berbuat demikian.
“Projek IC” dikatakan bermula pada 1980an ketika dizaman era Mahathir berkuasa dengan kad pengenalan Malaysia diberi kepada warga asing di Sabah untuk mengekalkan BN dalam pemerintahan.
Baru baru ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.
Beliau berkata, mereka berhak minta kerakyatan setelah mereka berada dinegara ini terlalu lama malah mereka boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik dimana kenyataannya itu telah menyemarakkan api kemarahan dikalangan rakyat Sabah. Ends///.. Caption:- 1. Gambar RUDY S MAIRI