Ahad, 22 November 2015

NURUL PERLU JELASKAN MOTIF BERGAMBAR DENGAN JACEL KIRAM, NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kelibat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah merakamkan gambar bersama dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu Jacel Kiram sambil memegang poster tertera perkataan "release Anwar immediately" jelas tindakan Nurul tidak menghormati rakyat Sabah terutama dan keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban diTanduo pada tahun 2013, kata Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

RUDY S MAIRI
Beliau berkata, Nurul perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah dan menjelaskan motif disebalik tindakannya bertemu Jacel Kiram, sedangkan Jacel merupakan antara yang memain peranan penting dalam perancangan melakukan pencerobohan di Tanduo Lahad Datu pada tahun 2013.

Tegasnya, anak perempuan bekas Sultan Sulu Jacel Kiram merupakan musuh dalam negara kerana tidak mengiktiraf Malaysia malah menuntut Sabah dan terlibat dalam mengatur serangan di Lahad Datu.

“ Kita juga terasa terheres perasaan apabila orang yang bermusuhan dengan kita dengan begitu mudah menjalinkan persahabatan dengannya...apa tujuannya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu untuk mengulas gambar Nurul bertemu dengan Jacel baru baru ini.

Tindakan Ahli Parlimen PKR, Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sangat memalukan dan menghina kedaulatan negara terutamanya sensiviti rakyat Sabah lebih-lebih lagi ketika laporan mengatakan seorang rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak dibunuh oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

“ Ini adalah satu kesilapan besar kerana disebabkan kepentingan peribadi dan kepentingan ayahnya, beliau sanggup menggadaikan kedaulatan negara dan membelakangkan sensiviti semua pihak terutamanya rakyat Sabah," katanya.

Nurul Izzah perlu tahu bahawa Sabah masih lagi mengalami ancaman penculik dan pengganas dari Selatan Filipina kerana mereka masih menuntut Sabah walhal pihak kerajaan Filipina tidak mengiktiraf kesultanan Sulu, tambahnya.

 “ Kita tahu Jacel Kiram adalah individu yang menyokong pencerobohan di Lahad Datu sehingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan....(justeru) adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah sekiranya pemimpin seperti Nurul Izzah bertemu dengannya.

"Walau apa pun alasan dan tujuan disebalik pertemuan itu, ia tetap menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan seluruh rakyat Sabah," tegasnya.

BESAN NAJIB GUNA NAMANYA

Besan Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva dikatakan cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor akhbar The New York Post.

Memetik kenyataan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, laporan itu menyebut Maira dituduh mengambil dua belas beg tangan jenama Hermes yang bernilai AS$400,000 atau kira-kira RM1.7 juta tanpa membayar.

Wanita Kazakhstan itu dilaporkan memesan beg-beg berkenaan daripada daerah perniagaan Samilor pada 2014 dan 2015. Apabila Presiden Samilor Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang,

Maria didakwa mengugut untuk mencederakan ahli korporat dan keluarganya. “Kamu kenal anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga awak jika awak saman saya,” beliau didakwa berkata.

Menurut The New York Post, peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dihubungi. Maira, adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang adalah adik kepada presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Anak mereka, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa. Bolat juga telah menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri kondo bernilai $20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

Malaysiakini sedang menunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung penggunaan nama Najib itu.

PEMBANGUNAN BERTERUSAN MESKIPUN WAWASAN 2020 SUDAH BERLALU, DATUK RUBIN

Oleh: Mail Mathew

RUBIN (tengah) RAMAHJAN, DAN JULI MALIK
KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang yakin bahawa meskipun pembangunan pesat menjelang tahun 2020 tidak mungkin dapat dicapai namun pada sebaliknya pembangunan khususnya dikawasan luar bandar akan berterusan yang melibatkan perhubungan jalanraya, ekonomi dan pendidikan.

Beliau berkata, keyakinan ini berdasarkan kebijaksanaan kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman yang senantiasa memerhati malah turun pada untuk memantau keperluan rakyat.

 “ Kita akan terus maju kehadapan dengan menghulurkan kerjasama dengan kerajaan termasuk para pemimpin kerajaan, maksudnya pegawai pegawai pelaksana kerajaan supaya sesuatu perancangan itu dapat berjalan dengan licin dan lancar.

 “ Saya menjangkakan bahawa dalam masa kira kira 5 tahun dari sekarang kita akan dapat menikmati
jalanraya yang baik termasuk dapat menyediakan frasarana pendidikan yang baik,” katanya ketika merasmikan penutupan Majlis program kraf kreatif yang dianjurkan Majlis Pembanunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Tenom diDewan Serbaguna Kg Bamban pada Sabtu.

Kira kira lebih 200 orang hadir dimajlis itu yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkap Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Ramahjan Sulaiman Khan, Penyelia KEMAS Roger London, Naib Ketua dan para AJK Umno Tenom.

Selain itu, Rubin yang juga merupakan Ketua Umno Tenom berkata, dalam perjuangan politik dimana setiap pemimpin itu memang tidak sunyi daripada menerima pandangan dan kritikan daripada akar umbi sama ada ianya baik atau tidak, maka pemimpin itu haruslah berani dan konsisten untuk terus membantu rakyat dikawasan akar umbi.

Ketika Rubin menyentuh mengenai program yang dianjurkan pergerakan wanita Umno dibawah kepimpin Datuk Ramahjan beliau berkata, ia amat baik dan mendapat sokongan memberangsangkan daripada semua masyarakat akar umbi dimana kehadiran malam ini membuktikan disebaliknya.

 “ Ada suatu ketika saya menerima panggilan daripada Datuk Ramahjan mengatakan beliau berada di England...mulanya saya kurang yakin...(tetapi) bila dia hantar gambar melalui whatsapp dia bersama Ketua Pengarah JASA Dr Puad Zakarshi menemui pelajar pelajar Malaysia di London.

“ Rupa rupanya Datuk Ramahjan terpilih bersama sama delegasi pemimpin diMalaysia melawat para pelajar kita di London...(dan) ini satu perkembangan baik dari aspek pengalaman dan kematangan pemimpin kita disini....sebaliknya saya tiada komen negatif (kepimpinan) terhadapnya,” kata Rubin.

Program Kraf Kreatif anjuran bersama MPWK, KEMAS dan Pergerakan Wanita Umno Tenom yang disertai seramai 35 orang surirumah berjalan sehari suntuk untuk mempelajari berbagai jenis sulaman kain dan lain lain dimana antara lain tujuannya mengasah bakat kraf tangan yang dimiliki para surirumah sebelum ini. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7511 - Kelihatan Rubin sedang menyerahkan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus Kraf Keratif. 2.IMG_7509- Datuk Rubin (tengah), manakala Ramahjan (kanan) dan Juli Malik Naib Ketua Umno (kiri).