Ahad, 22 November 2015

PEMBANGUNAN BERTERUSAN MESKIPUN WAWASAN 2020 SUDAH BERLALU, DATUK RUBIN

Oleh: Mail Mathew

RUBIN (tengah) RAMAHJAN, DAN JULI MALIK
KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang yakin bahawa meskipun pembangunan pesat menjelang tahun 2020 tidak mungkin dapat dicapai namun pada sebaliknya pembangunan khususnya dikawasan luar bandar akan berterusan yang melibatkan perhubungan jalanraya, ekonomi dan pendidikan.

Beliau berkata, keyakinan ini berdasarkan kebijaksanaan kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman yang senantiasa memerhati malah turun pada untuk memantau keperluan rakyat.

 “ Kita akan terus maju kehadapan dengan menghulurkan kerjasama dengan kerajaan termasuk para pemimpin kerajaan, maksudnya pegawai pegawai pelaksana kerajaan supaya sesuatu perancangan itu dapat berjalan dengan licin dan lancar.

 “ Saya menjangkakan bahawa dalam masa kira kira 5 tahun dari sekarang kita akan dapat menikmati
jalanraya yang baik termasuk dapat menyediakan frasarana pendidikan yang baik,” katanya ketika merasmikan penutupan Majlis program kraf kreatif yang dianjurkan Majlis Pembanunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Tenom diDewan Serbaguna Kg Bamban pada Sabtu.

Kira kira lebih 200 orang hadir dimajlis itu yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkap Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Ramahjan Sulaiman Khan, Penyelia KEMAS Roger London, Naib Ketua dan para AJK Umno Tenom.

Selain itu, Rubin yang juga merupakan Ketua Umno Tenom berkata, dalam perjuangan politik dimana setiap pemimpin itu memang tidak sunyi daripada menerima pandangan dan kritikan daripada akar umbi sama ada ianya baik atau tidak, maka pemimpin itu haruslah berani dan konsisten untuk terus membantu rakyat dikawasan akar umbi.

Ketika Rubin menyentuh mengenai program yang dianjurkan pergerakan wanita Umno dibawah kepimpin Datuk Ramahjan beliau berkata, ia amat baik dan mendapat sokongan memberangsangkan daripada semua masyarakat akar umbi dimana kehadiran malam ini membuktikan disebaliknya.

 “ Ada suatu ketika saya menerima panggilan daripada Datuk Ramahjan mengatakan beliau berada di England...mulanya saya kurang yakin...(tetapi) bila dia hantar gambar melalui whatsapp dia bersama Ketua Pengarah JASA Dr Puad Zakarshi menemui pelajar pelajar Malaysia di London.

“ Rupa rupanya Datuk Ramahjan terpilih bersama sama delegasi pemimpin diMalaysia melawat para pelajar kita di London...(dan) ini satu perkembangan baik dari aspek pengalaman dan kematangan pemimpin kita disini....sebaliknya saya tiada komen negatif (kepimpinan) terhadapnya,” kata Rubin.

Program Kraf Kreatif anjuran bersama MPWK, KEMAS dan Pergerakan Wanita Umno Tenom yang disertai seramai 35 orang surirumah berjalan sehari suntuk untuk mempelajari berbagai jenis sulaman kain dan lain lain dimana antara lain tujuannya mengasah bakat kraf tangan yang dimiliki para surirumah sebelum ini. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7511 - Kelihatan Rubin sedang menyerahkan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus Kraf Keratif. 2.IMG_7509- Datuk Rubin (tengah), manakala Ramahjan (kanan) dan Juli Malik Naib Ketua Umno (kiri).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan