Ahad, 24 Mei 2009

SAPP LANCAR PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI DI NABAWAN


SLUG:MM/DE/NBWN/PKMTAAN/SAPP/MEI23/1730HRS/09 P:3

Oleh: Mail Mathew

NABAWAN: Para pemimpin Barisan Nasional (BN) dinegeri ini tidak seharusnya memutarbelitkan keberkesanan fungsi ‘Forest Management Unit’ (FMU) yang diwujudkan kira kira lebih sepuluh tahun lalu, sehingga terdapat sebilangan rakyat yang telah terkeliru dengan objektifnya kerana isu sebenar telah dipesongkan, menjadikan pemahaman rakyat terhadap tujuan FMU telah teralih kepada suatu pemahaman negatif.

“ Malah kewujudan FMU kesemua Menteri Kabinet Negeri ketika itu telah memahmi dasar dasarnya sekitar tahun 1997 iaitu semasa giliran saya sebagai Ketua Menteri Sabah, jadi kalau pun sekarang saya berada dipihak pembangkang tidak baiklah kalau tujuan FMU itu dipolitikkan,” kata Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Beliau berkata demikian dihadapan kira kira 3,000 masyarakat sekeliling Nabawan ketika merasmikan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah yang diadakan diKg Saupi kira kira 2km dari pekan Nabawan pada Sabtu.

Beliau berkata, tujuan sebenar FMU adalah untuk membendung usaha usaha penerokaan hutan secara berlebihan selain menjaga kemusnahan ekosistem secara jangka panjang. Untuk mempastikan dasar dan objektif FMU mencapai sasarannya, satu jawatankuasa pengurusan hutan telah dibentuk pada ketika itu, yang mempastikan agar pelaksanaannya telah sampai keperingkat akar umbi.

Agak malang sekali kata Yong, niat suci dan perancangan baik beliau itu kemudiannya diputar belitkan oleh pihak tertentu sehingga rakyat menyalahtafsirkan tujuan tersebut sebagai suatu perancangan yang tidak baik kepada rakyat dinegeri ini.

“ Saya masih ingat bahawa lebih kurang 40 ribu geran geran tanah kelas N.T telah diproses dan diluluskan ketika saya menjadi Ketua Menteri dahulu dalam system penggiliran jawatan Ketua Menteri…jadi, kita tiada abaikan tanggung jawab kita untuk menjaga hak rakyat,” jelas beliau.

“ Dasar FMU tidak menjejaskan perkampongan tradisi bumiputra termasuklah segala hak rakyat disesuatu kawasan…semua itu adalah menjadi dasar keutamaan kita selama ini,” tegas beliau.

Ketika menyentuh perayaan Pesta Kaamatan, beliau menganggap mempunyai signifikannya tersendiri dalam memelihara adat dan senibudaya sesuatu kaum yang ada dinegeri ini, dimana pepatah ada mengatakan ‘ Budaya menunjukkan bangsa’.

“ Sabah mempunyai lebih 30 etnik suku kaum dimana masing masing etnik itu mempunyai adat dan senibudaya tersendiri, dan kita harus menghormatinya kerana keadatan dan senibudaya disini bukan suatu perkara yang baru dilahirkan, malah ia telah terwujud sejak turun temurun kira kira lebih ratusan tahun yang lalu,” tegas Yong.

Bagaimana pun Datuk Yong menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pihak penguatkuasa yang menghalang masyarakat yang .menyambut sesuatu perayaan yang menggunakan tradisi ‘sabung ayam’ dengan alasan bahawa budaya seperti itu berunsurkan perjudian.

“ Saya tidak setuju budaya sabung ayam disifatkan sebagai perjudian, kerana apa yang berlaku itu adalah suatu senibudaya sebagai simbolik menyambut tetamu yang diamalkan oleh suku Murut sejak turun temurun, bagaimana pun kalau ia diadakan diluar sambutan itu terserahlah kepada pihak berkuasa kerana kita pun harus menghormati undang undang negara” jelas Yong.

Dalam pada itu, Yong turut bersetuju dan menyokong penuh cadangan masyarakat disitu yang meminta kerajaan agar menghidupkan semula Pesta Injawari yang dilaksanakan setiap 1 hb Januari sepertimana yang diamalkan oleh kerajaan kolonial lagi, iaitu suatu perayaan menghormati kedatangan awal tahun berikutnya.
Ends///..
Caption:-