TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar) menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakkan semula nama Abu Bakar bin Djunus 80, dalam senarai pengundi yang tercicir sejak tahun 2008 kerana kononnya beliau telah “meninggal dunia” merupakan suatu penganiaan terhadapnya.

“ Kita minta SPR menyemak semula senarai terkini pengundi dalam daftar SPR sebelum pilihanraya umum kali ke-13 kerana kemungkinan ada lain lain kes turut berlaku selepas atau sebelum kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan disini sebagai mengulas berikutan laporan seorang warga emas rakyat tempatan digugurkan dalam senarai daftar pengundi kerana dikatakan telah “meninggal dunia”.
Pada Khamis, dilaporkan seorang warga emas tempatan Abu Bakar bin Djunus Kad Pengenalan (KP) 321022-12-5013 tinggal menetap diKg Chinta Mata kira kira 5km dari pekan disini mengadu beliau tidak dapat mengundi pada pilihanraya umum kali ke-12 (tahun 2008) kerana namanya telah digugurkan dari senarai pengundi SPR kerana dikatakan telah “meninggal dunia”.
“ Agak bernasib baik kerana Abu Bakar masih mendapat sumbangan BR1M RM500...tetapi sekiranya KP dia pun kena batal dan mansuh, apa apa bantuan dan wang dia dalam akaun bank pun semuanya kena beku...sudah tentu ianya menyusahkan kepada beliau,” tegas Roger.
“ Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa Abu Bakar semata mata kelalaian pihak lain

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap seterusnya berkatanya, pihak SPR perlu berhati hati selain melakukan penelitian terhadap senarai pemilih yang berdaftar sebelum PRU13 untuk mempastikan senarai itu bebas daripada masalah keraguan rakyat seperti nama bertindih, pemilih yang telah meninggal dunia tetapi masih kekal

“ Bukti permasalahan senarai pengundi sudah terungkai seperti apa yang berlaku dengan kes Abu Bakar yang perlu dijadikan iktibar SPR...dan kemungkinan ada lain lain kes lagi seperti orang yang sudah mati berpuluh tahun lalu tetapi masih ada dalam senarai pengundi dan kebanyakkan pernah berlaku KP digunakan oleh orang lain manakala pemilik asalnya tidak dapat membuang undi,” tegasnya.
Ends////..
Caption:-
1. Gambar ROGER STIMIN