Oleh: Ambrose M. Matthew
KEMABONG: Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Parlimen Tenom Sylvester Mutang Dawat (gambar), menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diSabah lemah tetapi cuba disembunyikan pucuk pimpinannya dari diketahui rakyat.
Beliau berkata, sesungguhnya kelemahan mereka sudah disedari rakyat sebelum ini tetapi para pemimpinnya khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman cekap menyembunyikannya daripada ia dapat dihidu rakyat.
Namun pada hakikatnya tegas Mutang, rakyat tiada pilihan lain selain mengajak rakyat untuk menukarkan kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya umum kali ke-13 kepada suatu kerajaan yang mesra rakyat dan benar benar prihatin kepada masalah rakyat seperti yang diperjuangkan oleh Parti Kita.
“ Fakta ini dapat dibuktikan dimana beberapa wakil rakyatnya seperti Adun Kemabong, Adun Pantai Manis dan MP Papar tanpa segan silu merongkai kepincangan pembangunan dikawasan masing masing sejak kebelakangan ini,” kata Mutang dalam satu kenyataan disini selepas mesyuarat Penyelaras Parlimen Parti Kita dikediaman beliau diKg Baru Jumpa pada Khamis.
Tegasnya, beliau menyokong kenyataan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang baru baru ini bahawa berbagai usaha telah dilakukan Rubin sebelum ini supaya kerajaan bertindak serius menangani masalah kedaifan jalanraya tetapi sebaliknya kerajaan tidak berbuat apa apa.
Tambahnya, berdasarkan usaha Rubin itu yang tidak mendapat sokongan atasan boleh disifatkan bahawa kerajaan BN telah gagal memenuhi aspirasi rakyat yang terkandung dalam slogan mereka “ Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
Selain itu, Mutang turut mempersoalkan kelembapan penyiapan projek menaiktaraf landasan keritapi antara Tenom ke Tanjung Aru sepertimana yang dibangkitkan oleh Adun Pantai Manis Datuk Rahim Ismail semasa persidangan DUN Sabah baru baru ini.
Projek tersebut yang memakan perbelanjaan sejumlah RM400 juta dalam dua fasa yang dikendalikan dua syarikat iaitu Suria Capital Sdn Bhd bagi fasa pertama manakala Syarikat yang berpengkalan di Semenanjong Hikmat Sdn Bhd bagi fasa kedua untuk landasan dari Beaufort ke Tenom yang sepatutnya perlu disiapkan dalam tempoh 30 bulan tetapi sehingga hampir lima tahun kerja kerja tersebut belum siap, tegas Mutang.
Dalam pada itu, Mutang sependapat dengan Adun Pantai Manis Datuk Rahim Ismail bahawa tidak ada gunanya kerajaan membina sebuah pusat Pentadbiran yang baru berharga RM300 juta sedangkan rakyat terus hidup dalam penuh penderitaan.
“ Sepertimana yang berlaku dengan keluarga Andreas Pikan diKg Pangi yang terpaksa membawa anaknya yang sakit kronik (asthma) ke hospital Tenom menggunakan troli buatan sendiri sekitar bulan Febuari 2012 kerana ketiadaan Klinik Kesihatan diPangi...anehnya rakyat asing pula berhutang dengan hospital hospital awam sebanyak RM21 juta seperti yang dirongkai MP Papar yang juga Timbalan Menteri Kesihatan baru baru ini,” kata Mutang.
Mutang berkata, kerajaan perlu berhati hati ketika membelanjakan wang rakyat daripada tabung dana kerajaan kerana jika tersasar daripada matlamatnya sudah pasti ada kelompok kelompok rakyat disesuatu kawasan akan tercicir daripada mendapat agehan pembangunan terutama sekali dikawasan yang mendesak khususnya dikawasan luar bandar.
Ends////..
Caption:-
1. Gambar MUTANG DAWAT 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan