Sabtu, 7 Julai 2012

RAKYAT TOLAK PEMBANGKANG TAWAN PUTRAJAYA, MORAL DAN INTERGRITI RENDAH

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam menyifatkan perjuangan pembangkang khususnya Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sebagai suatu “angan angan” kerana rakyat pasti akan menolak mereka.

Ali Rustam diiringi Jamawi
Beliau berkata, rakyat lebih bijak menilai siapakah harus mendudukki Putrajaya selain Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod bersih dan berpengalaman mentadbir negara berbanding pembangkang yang diragui kewibawaannya yang dilabelnya mempunyai moral dan integriti yang terlalu rendah.

“ Kita melihat kekuatan BN diseluruh negara semakin kukuh dan mantap, BN Sabah mantap dan tetap kekal sebagai 'fixed deposit' pada PRU-13...(jadi), dakwaan konon kita (BN) akan kalah adalah meleset sama sekali,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 2,000 orang terdiri daripada masyarakat belia dan beliawanis, perwakilan dan pemerhati pemuda Umno serta ahli ahli pemuda BN diPadang bandaran dekat sini pada Jumaat.

Ketua Menteri itu berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian P.181 Tenom, dimana yang pertama sekali dalam sejarah mesyauarat itu diadakan dipadang pekan dekat sini.

SUMPITAN!...gimik perasmian..
Mesyuarat tersebut turut dihadiri pemimpin luar kawasan seperti dua Exco kerajaan Melaka, Ketua Umno Sandakan Tan Sri Ampong Puyon selain pemimpin tempatan seperti Ketua Umno Tenom Datuk Rubin Balang, Exco Pemuda Umno Pusat Jamawi Jaafar dan Ketua Puteri Inahwatry Jaini, para AJK Umno Tenom, pemimpin pemimpin parti komponen BN dekat sini terdiri dari MCA, LDP, PBS, PBRS dan Parti Gerakan.

SERAH...geran untuk anak angkat RM7,800
Datuk Rustam antara lainnya menyentuh beberapa perkara berhubung kelemahan pembangkang dengan berkata, bahawa rakyat sendiri dapat menilai integriti dan moral politik mereka apabila segelintirnya menyokong secara terbuka perkahwinan songsang (Lesbian) termasuk pengakuan Datuk S Ambiga sendiri yang menyokong untuk menghalalkan perkahwinan sejenis itu dinegara ini.

“ Jika benarlah mereka dapat menawan Putrajaya pada PRU-13, apa akan terjadi pada negara kita, sudah pastilah ia akan hancur...(kerana), sudah tentu lah mereka akan ubah segala undang undang yang sedia ada dan menjadikan kita berada dalam situasi yang tidak menentu dan huru hara,” tegasnya.

Selain itu, Ketua Menteri itu turut melabelkan kerajaan PR yang menguasai beberapa negeri sebagai tidak mengamalkan sistem demokratik yang sebenar benarnya termasuk tidak memberi kebebasan bersuara kepada rakyat dimana sesiapa sahaja bangkit mengkritik mereka dalam media pasti ianya akan menerima saman.

“ Jelas terbukti bahawa apabila salah seorang Naib Presiden DAP yang menjawat jawatan Senator membantah parti itu dari menyertai perhimpunan bersih 3.0 baru lalu, jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk meneruskan ke penggal ke-2. Jadi, apakah amalan mereka terutamanya DAP itu benar benar demokratik...baru bersuara sikit sudah dihalang haknya,” tegasnya.

“ Haaa..ini satu lagi bekas Timbalan Perdana Menteri sekarang Penasihat PKR, kita nak tanya kamu semua...semasa dia jadi TPM dan Menteri Kewangan apa dia buat untuk Sabah?...adakah Sabah lebih maju berbanding sekarang?.. (hadirin menjawab judi majuuu!),” tegasnya sambil ditepuk sorak oleh hadirin.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat meminta semua peringkat dalam barisan kepimpinan Umno mahu pun BN disitu agar terus memperkasa dan menggerakkan jentera pilihanraya masing masing untuk turun padang mendekati rakyat termasuk memberi bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Beliau kagum melihat bahawa kepimpinan Pemuda Umno dan BN disini dibawah teraju Jamawi Jaafar yang bukan sahaja dilihat dari aspek kemantapannya namun ianya juga sudah bersedia menggempur kubu pihak lawan pada bila bila masa.

Sementara itu, sumbangan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tenom sejumlah RM7,800 untuk membiayai program anak angkat disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Tenom telah disampaikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pegawai Pendidikan Daerah Ajmal Haji Jumah.

Komen daripada pandangan kacamata masyarakat luar :-

Kenyataan Datuk Ali Rustam tidak mencermin amalan demokratik dalam komennya yang sepatutnya beliau tidak harus menuding jari kepada pembangkang semata mata berhubung dakwaan tidak bermoral dan tidak berintergriti yang dilemparkannya kepada pembangkang.

Sebaliknya Ketua Menteri Melaka itu perlu menyedari hakikatnya bahawa dirinya sendiri yang pernah dikenakan tindakan disiplin parti Umno kerana telah terlibat dengan amalan “Rasuah” semasa pemilihan Umno lalu dimana Ali Rustam masa itu bertanding salah satu kerusi Naib Presiden Umno.

Justeru, saya ingin bertanya...sejauh manakah dakwaan Rustam itu benar benar jujur dan ikhlas dalam politik sedangkan beliau seolah olah tidak menyedari dirinya itu juga tergolong diantara golongan pemimpin yang “tidak berintergriti kerana mengamalkan rasuah”.

Mengenai dengan dakwaannya perhimpunan Bersih 3.0 adalah juga tindakan yang tidak bermoral kerana mencabar undang undang dan kedaulatan negara kerana sebagai punca menghuru harakan keselamatan negara.

Dalam konteks ini...saya ingin bertanyakan Datuk Seri Ali Rustam, apakah demonstrasi ahli ahli Umno diSelangor sehingga membawa/menjunjung kepala lembu yang menjadi kemarahan masyarakat Hindu kerana terhina dengan perbuatan Umno Selangor bukan perbuatan tidak bermoral dan tidak berintergriti juga tindakan mereka menghuru harakan keselamatan negara.

Kenapakah Rustam tidak menasihatkan mereka terlebih dahulu sebelum memperkata orang lain? Sekali lagi Rustam melabelkan DAP sebagai “most corrupted leaders”....Rustam perlu senaraikan pemimpin DAP yang telah disabitkan kesalahan yang dimaksudkannya sebagai “corrupted leaders”.

Rustam juga perlu senaraikan pemimpin Umno yang telah disabitkan kesalahan “Rasuah” dimana yang terbaru bekas Menteri Besar Selangor Dato'Seri Dr Khir Toyo...sila buat perbandingan siapakah the most corrupted leaders. Sekadar renungan politik!